Sunday, December 13, 2009

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia - Iklan Jawatan Kosong


Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia akan melaksanakan pengambilan bagi mengisi kekosongan jawatan Kumpulan Sokongan II.

Sila klik jawatan di bawah untuk maklumat lanjut.

  1. Atendan Kesihatan Gred U3
  2. Pekerja Awam Gred R1
  3. Pembantu Am Pejabat Gred N1
  4. Pemandu Gred R3
  5. Tukang K2 Gred R11

Sila klik untuk muat turun borang permohonan jawatan.

Tarikh tutup : 31 Disember 2009


Sumber:
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=515%3Ajawatan-kosong&catid=55%3Aberita-terkini&Itemid=725&lang=en


Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok - Iklan Jawatan Kosong


Adalah dimaklumkan, UiTM Kedah mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti yang dilampirkan.



Tarikh tutup penerimaan borang adalah pada 16 Disember 2009.


Sumber:
http://kedah.uitm.edu.my/index.php/component/content/article/209-announcements/430-iklan-jawatan-kosong-bukan-akademik-uitm-kedah




Saturday, December 12, 2009

Permohonan ke Sekolah Teknik & Vokasional sessi 2010

Maklumat Lanjut, sila layari : http://apps.emoe.gov.my/esptv/sptv2009/

Tarikh Tutup Permohonan: 04 Januari 2010

Friday, December 11, 2009

Sukan Sea 2009 - Bolasepak - Malaysia kalahkan Thailand: 2 - 1

Malaysia: 2 - Thailand: 1

No komen. Macam tak percaya :)
By the way, tahniah buat skuad negara!

Gol minit ke-89 tumbangkan Thailand

JARINGAN Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-89 membawa skuad bola sepak bawah 23 kebangsaan mara ke peringkat separuh akhir acara bola sepak lelaki pada Sukan Sea ke-25 selepas menewaskan juara lapan kali, Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos di sini petang tadi.

Skuad bimbingan K Rajagobal berdepan misi “hidup atau mati” bertemu juara bertahan itu yang sekadar memerlukan keputusan seri untuk mara ke separuh akhir bagaimanapun berjaya mengikat asakan Thailand yang mendominasi permainan.

Thailand yang dibimbing bekas jurulatih skuad bola sepak Perak, Steve Darby, memperolehi dua percubaan berbahaya hasil gerakan penyerang berkembar mereka Sompong Soleb dan Anawin Jujeen, masing-masing pada minit ke-5 dan ke-9 yang mencemaskan seketika gawang Malaysia.

Malaysia juga mempunyai tiga peluang yang mampu menghasilkan gol awal namun percubaan daripada Norshahrul Idlan Talaha, S Kunalan dan Safiq Rahim tersasar untuk keputusan seri tanpa gol pada separuh masa pertama.

Thailand bagaimanapun bangkit pada awal babak kedua dan berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-52 menerusi Arthit Suntornpanavej.

Anak buah Rajagobal terpaksa menunggu sehingga minit ke-81 untuk mencari gol penyamaan yang dijaringkan oleh Mohd Nasriq Baharom selepas menampan kemas bola ke gol lawan, hasil umpanan Mohamad Muslim Ahmad.

Tertekan dengan gol penyamaan itu, skuad Thailand menggandakan asakan tetapi dapat diserap oleh benteng Malaysia dan prestasi cemerlang dari penjaga gawang, Mohd Sharbinee Allawee.

Seminit sebelum pengadil Pratap Singh dari India meniup wisel penamat, Ahmad Fakri menggamatkan hampir 100 penyokong Malaysia di stadium itu apabila bola tampanannya, hasil hantaran lintang Norshahrul Idlan Talahan, menerjah jaring Thailand.

Kejayaan skuad bola sepak mencipta sejarah menyingkirkan Thailand turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Thailand adalah juara lapan kali termasuk pada Sukan Sea Korat dua tahun lalu dan tidak pernah gagal melayakkan diri ke separuh akhir pada temasya sukan dwi-tahunan itu sejak 1973.

Malaysia, naib juara kumpulan A akan bertemu juara kumpulan B, tuan rumah, Laos, pada peringkat separuh akhir manakala satu lagi perlawanan membabitkan juara kumpulan A, Vietnam yang bertemu naib juara kumpulan B, Singapura yang akan berlangsung Isnin depan.

Sumber: http://beritabola.sokernet.com/malaysia/skuad-malaysia/gol-minit-ke-89-tumbangkan-thailand.html

------------------------------------------------------------------------------------------
Malaysia ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA
11/12/2009 8:48pm
VIENTIANE 11 Dis. - Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas berjaya menumbangkan Thailand 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Utama di sini sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, Malaysia yang menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A di belakang Vietnam akan bertemu tuan rumah, Laos yang juga juara Kumpulan B. - Utusan


Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

Tuesday, November 17, 2009

Telekom Malaysia Berhad - Iklan Jawatan Kosong


Title: PEMBANTU PEGAWAI TEKNIK
Job Responsibility
• Preparation of monthly report as required by the supervisor
• Responsible in implementing the day to day technical operational function of the division
• Update work order in the system
• Develop functional and/or technical specifications regarding business requirements
• Responsible for systems design, coding, debugging and documentation
• Supervising TM vendors / contractors

Job Requirement
• Candidate must have Diploma in Telecommunication / Electronic / Electrical Engineering or Information Technology / Computer Science from a recognized institutions
• Must be computer literate
• Good communication skills, enjoy programming and trouble shooting

Others
• Self motivated and able to work independently
• Able to work long hours if necessary
• Good communication and strong interpersonal skills and results oriented
• A team player, target oriented, systematic and possess presentation skills
• Good command of verbal and written English is a pre-requisite



Title: JURUTEKNIK
Job Responsibility
* To be responsible for all the communication work such as work cabling: installation , operations and maintenance and to ensure that they are in good operating condition
* To supervise all works that are carried out by the contractor and furnish site report
* Preparation of monthly report as required by supervisor
* Update work order in the system

Job Requirement
* Minimum Qualifications � SPM / SPVM / Certificate in Electronic / Electrical Engineering or Information Technology
* Minimum related experience will be an advantage
* Must be able to work with minimum supervision and able to deliver quality work within time frame given
* Have basic knowledge in Microsoft Office
* Willing o travel and work extra hours including shift
* Candidates with valid Driving license (Class D) is an advantage



Nota: Permohonan hanya boleh di buat secara ONLINE sahaja. Sila lawati http://www.tmcareer.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Saturday, November 14, 2009

Berita: Pendaftaran Lulus

Salam semua,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Belia Amanah (PEMBELA) telah sah di daftarkan.


Tuesday, November 10, 2009

Jabatan Zakat Negeri Kedah - Iklan Jawatan Kosong




1. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (N17)
· Jumlah kekosongan : 1
· Perempuan
· Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 1 tahun.
· ( Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mahir mengendalikan komputer )

2. PEMBANTU PEGAWAI ZAKAT (S17)
· Jumlah kekosongan : 2
· Lelaki
· Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
· Mahir menggunakan komputer

Pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 1 tahun.

3. PEMBANTU TADBIR (N17)
· Jumlah kekosongan : 7
· Lelaki
· Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
· Mahir menggunakan komputer

Pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 1 tahun.

Kesemua calon-calon hendaklah mendapat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN: - Tidak kurang 18 tahun

STATUS JAWATAN:- Tetap, tidak berpencen

TARIKH TUTUP - 26 November 2009

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan keterangan lengkap peribadi (resume), kelayakan, pengalaman dan disertakan dokumen/sijilsijil berkaitan (disahkan salinan sebenar) serta sekeping gambar berukuran passport kepada:

Dato’ Setiausaha
Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman
Aras 3, Menara Zakat
Jalan Telok Wanjah
05200, Alor Setar Kedah
UP: Bahagian Sumber Manusia

Sila tulis nama Jawatan di sebelah atas kiri sampul surat dan calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

PENTING:
1. Maklumat permohonan yang tidak lengkap akan ditolak
2. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan
3. Pemohon dikehendaki menyertakan nombor telefon supaya mudah untuk dihubungi.
4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Tel : 04-733 1740 | info@zakatkedah.com

Sumber:
http://www.zakatkedah.com/portalimages/Doc/vacancy%2028102009.pdf

Monday, November 9, 2009

Majlis Agama Islam Kedah - Iklan Jawatan Kosong

Sumber: Klik Sini

Kekosongan Jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3 (Tetap & Berpencen) Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman

1. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat yang mempunyai kelayakan seperti berikut untuk dilantik ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3 (Tetap & Berpencen) Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

SYARAT LANTIKAN
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen
memandu dalam tempoh percubaan (P)];
iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan
bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
● Lesen D P1T3
● Lesen E/E1/E2 P1T4
● Lesen F/H P1T5
● Lesen G/I P1T6
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.

2. Kod gaji /Tanggagaji dan Taraf Jawatan:-
2.1 Jawatan : Pemandu Kenderaan Gred R3
2.2 Klasifisikasi : Perkhidmatan mahir/separuh
mahir/tidak mahir
2.3 Kumpulan perkhidmatan : Sokongan
2.4 Jadual gaji : Gred R3
P1T1 RM 701.42 - P1T17 RM 1,354.86
P2T1 RM 743.89 - P2T17 RM 1,423.41
P3T1 RM 787.99 - P3T17 RM 1,493.59
2.5 Taraf Jawatan : Sementara
2.6 Bilangan kekosongan : Satu (1)

3. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang MAIK/KP Pind2001 yang berharga RM 2.00 boleh diperolehi di :

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH,
BANGUNAN WAN MAT SAMAN,
JALAN RAJA
05000 ALOR STAR,
KEDAH DARUL AMAN.

4. Kakitangan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am “A” 21.

5. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Majlis Agama Islam Negeri Kedah TIDAK LEWAT daripada 15 NOVEMBER 2009 dan dialamatkan seperti berikut:-

YANG DI PERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH,
BANGUNAN WAN MAT SAMAN,
JALAN RAJA
05000 ALOR STAR,
KEDAH DARUL AMAN.
( u.p. Bahagian Khidmat Pengurusan )

Sunday, November 8, 2009

6th PENANG CAREER EXPO

Date: 14 - 15th November 2009
Time: 10.00m - 6.00pm
Location: Penang International Sport Arena (PISA)

Exhibitor List
  1. Agensi Pekerjaan Allstaff
  2. Ann Joo Steel Berhad
  3. Asia E University
  4. Bosch Group Penang
  5. Continental Automotive Malaysia
  6. Dyson Manufacturing Sdn Bhd
  7. Federation of Malaysian Manufacturers
  8. Finisar Malaysia Sdn Bhd
  9. Firefly
  10. Fuji Electric (M) Sdn Bhd
  11. Graduan
  12. Hainan Association Youth Division ( Northern Region )
  13. Hotayi Electronic (M) Sdn Bhd
  14. Institute For Postgraduate Studies, (IPS)
  15. Intel Technology Sdn Bhd
  16. Intradeco Sdn. Bhd.
  17. Jabil
  18. JobsDB. Com
  19. JobStreet.com
  20. Jotun (M) Sdn Bhd
  21. Junior Chamber International, Tanjung Bungah
  22. Kareer.com.my
  23. Kelly Services (M) Sdn Bhd
  24. KFC Holdings Bhd
  25. Kwong Wah Yit Poh Press Berhad
  26. Malaysian Automotive Lighting
  27. Malaysian Institute of Accountants
  28. Malaysian Japanese Society
  29. Management & Science University
  30. MasterSkill University College of Health Sciences
  31. Mesiniaga Berhad
  32. Motorola Technology (M) Sdn Bhd
  33. M'sia Uni of Science And Technology
  34. Multimedia University
  35. Multitape Technology (M) Sdn Bhd
  36. Open University Malaysia
  37. OSRAM Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn Bhd
  38. Plexus
  39. Power-Point Management Sdn Bhd
  40. PPI Industries Sdn Bhd
  41. Rapid Penang Sdn. Bhd.
  42. SAC Wealth Management Sdn Bhd
  43. Schawk Imaging Sdn. Bhd.
  44. Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Teknologi Malaysia
  45. SG Marketing Management Sdn Bhd
  46. The Institution of Engineers, Malaysia (PG Branch)
  47. The Open University United Kingdom
  48. Toastmasters International
  49. TT Vision Technologies Sdn Bhd
  50. United Overseas Bank
  51. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  52. Universiti Malaysia Kelantan
  53. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  54. Universiti Malaysia Perlis
  55. Universiti Malaysia Sabah
  56. Universiti Malaysia Sarawak
  57. Universiti Teknologi Petronas
  58. Universiti Tun Hussein Onn
  59. Universiti Tunku Abdul Rahman
  60. Virtue Innovations Sdn Bhd
  61. Wawasan Open University
  62. WD Media (Malaysia) Sdn
  63. Wealth Mastery Academy Sdn Bhd
  64. X-FAB Sarawak Sdn Bhd
  65. YourPartTime.com
Source:
http://www.penexpo.com.my/index.php?view=details&id=4%3A2nd-penang-postgraduate-expo&option=com_eventlist&Itemid=83

Thursday, October 29, 2009

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) - Iklan Jawatan Kosong

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Iklan Jawatan Kosong:
1) Jawatan : KAUNSELOR
Gred : S41
Kumpulan Perkhidmatan : Perkhidmatan Sosial
Klasifikasi Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

JADUAL GAJI :
P1T1 RM1688.89 P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 P3T27 RM5219.23

SYARAT LANTIKAN :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T3] atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T3] atau

(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T7] atau

(iv) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T10] dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tarikh Tutup permohonan ialah pada 15 NOVEMBER 2009.

2) Jawatan : PEMBANTU MAKMAL
Gred : C17
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sains

JADUAL GAJI :
P1T1 RM824.91- P1T21 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T21 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T21 RM2402.48

SYARAT LANTIKAN :-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut; dan

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tarikh Tutup permohonan ialah pada 15 NOVEMBER 2009.

Friday, October 23, 2009

Wednesday, October 21, 2009

Jabatan Belia & Sukan Pulau Pinang - Peluang belajar vokal, drum, gitar

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP) akan menganjurkan kursus vokal, drum dan gitar kepada golongan belia yang berminat selama dua bulan bermula November ini.

Program Rakan Muda Seni Budaya itu bakal berlangsung setiap hujung minggu di Kompleks Belia dan Sukan Negeri di Batu Uban.

Ketua Unit Rakan Muda Pulau Pinang, Aslaman Hamzah berkata, terpulang kepada setiap peserta sama ada ingin mengikuti kursus vokal, drum ataupun gitar.

"Setiap kursus membabitkan 30 orang peserta dan mereka mesti berumur 16 hingga 25 tahun," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya, peserta mestilah penduduk negeri Pulau Pinang dan mempunyai bakat dan minat dalam bidang berkaitan.

Tujuan kursus tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada remaja berminat mempelajari dan meningkatkan kemahiran dalam bidang muzik.

"Ia juga boleh mengisi masa lapang remaja dengan melakukan aktiviti berfaedah ke arah melahirkan bakat belia dalam bidang seni dan budaya," katanya.

Menurut Aslaman, peralatan muzik, tenaga pengajar berkemahiran disedia oleh penganjur di Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNPP dan Majlis Muzik Malaysia.

Katanya, untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 04-2616118 atau 04-2615921 atau dapatkan terus borang penyertaan di Pejabat Belia dan Sukan daerah masing-masing sebelum tarikh tutup 23 Oktober ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Info: Duit RM50 palsu



Source: Emel


Tuesday, October 20, 2009

16 September - Hari Malaysia cuti umum

Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.

"Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Berita Lanjut: Klik Sini

Kemasukan Pelajar Baru Sesi 1/2010 ke IKBN

Permohonan secara On-line Kemasukan Pelajar Baru Sesi 1/2010 ke IKBN dibuka pada 1 Oktober 2009 sehingga 25 Oktober 2009.


Sumber:
1) http://interaktif.kbs.gov.my/ikbnweb/public/index.php
2) http://www.ekbs.gov.my/

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - Iklan Jawatan Kosong




Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN: PEMBANTU TRAFIK (GRED-N09G10)
TARIKH TUTUP: 30th October 2009

KELAYAKAN
· Calon luar hendaklah berumur tidak melebihi 26 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad pada tarikh iklan ditutup;
· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan;
· Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
· Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
· Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
· Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
· Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana depoh;

SPESIFIKASI TUGAS
· Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
· Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
· Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
· Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
· Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 30 Oktober 2009 ke alamat berikut:-

PENGURUS BESAR
SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
IBU PEJABAT KORPORAT KTM BERHAD
JALAN SULTAN HISHAMUDDIN
50621 KUALA LUMPUR

Sumber:
http://www.ktmb.com.my/images/default/2009/kerjaya/101409vacancy.pdf


Monday, October 19, 2009

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH - Iklan Jawatan Kosong


PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH MEMPELAWA CALON WARGANEGARA YANG BERKELAYAKAN DALAM BIDANG-BIDANG YANG BERKAITAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SECARA TETAP SEPERTI BERIKUT:

1.PUSTAKAWAN GRED S41
2.PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

Maklumat Lanjut: http://kdhlib.gov.my/iklan.html


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 1 NOVEMBER 2009


Sunday, October 11, 2009

Jambatan Ke-2 Pulau Pinang - Pembinaan Ikut Jadual

NIBONG TEBAL 10 Okt. - Kerja-kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang kini sudah mencapai kemajuan sebanyak tujuh peratus dan dijangka siap mengikut jadual menjelang April 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, dua daripada tiga pakej pembinaan projek itu sedang rancak dijalankan oleh syarikat UEM Builders Bhd. dan China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd.

Beliau berkata, walaupun terdapat sedikit kelewatan pada peringkat awal, pihaknya yakin kerja-kerja pembinaan jambatan akan dapat disiapkan mengikut tempoh yang dirancang.

"Setakat ini, kita berpuas hati dengan perjalanan projek yang dilaksanakan secara profesional oleh kedua-dua syarikat itu. Dua fasa pembinaan projek sudah pun dimulakan.

"Mungkin ada lewat sedikit pada peringkat awal tetapi selepas beberapa siri kajian dibuat, maka didapati lebih praktikal sasaran projek ini disiapkan sebelum April tahun 2013," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembinaan jambatan itu di Batu Kawan di sini hari ini.

Nor Mohamed turut mendengar taklimat serta meninjau penyediaan logistik bahan binaan projek itu yang terletak kira-kira empat kilometer dari Batu Kawan.

Beliau berkata, kemajuan tujuh peratus projek berkenaan merangkumi fasa keseluruhan projek berkenaan termasuklah pemasangan gantri dan cerucuk, penyediaan acuan serta kerangka konkrit.

"Kemajuan projek itu melibatkan keseluruhan perjalanan projek yang membabitkan pakej pertama dan kedua yang masing-masing menelan kos RM2.2 bilion dan RM1.55 bilion," tambahnya.

Menurutnya, pakej ketiga yang merangkumi kerja-kerja tanah serta pembinaan jalan raya akan dilakukan kemudian manakala tender bagi pakej tersebut akan ditawarkan dalam masa terdekat.


Source: Utusan Online

Monday, September 28, 2009

Universiti Utara Malaysia (UUM) - Iklan Jawatan Kosong


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Utara Malaysia.

1.Pegawai Penyelidik Sosial Gred N41 (1 Kekosongan)
2.Pegawai Psikologi Gred S41 (1 Kekosongan)
3.Pegawai Farmasi Gred U41 (1 Kekosongan)
4.Pegawai Kebudayaan Gred B27 (1 Kekosongan)
5.Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (2 Kekosongan)
6.Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 (1 Kekosongan)
7.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 (1 Kekosongan)
8.Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 (3 Kekosongan)
9.Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 (1 Kekosongan)
10.Penolong Jururawat Gred U11 (1 Kekosongan)

Maklumat Lanjut: Klik Sini

Tarikh Tutup: 08hb Oktober 2009

Iklan Jawatan Kosong - Penang Development Corporation (PDC)



Maklumat Lanjut: Klik Sini

Tarikh Tutup: 09 Oktober 2009

Wednesday, September 23, 2009

IKBN Courses To Be Revised To Meet Market Demand


IKBN Courses To Be Revised To Meet Market Demand

The National Youth Skill Training Institute's (IKBN) courses will be revised to make it relevant to the job market, said Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek, BERNAMA reported .

He said the ministry would seek the assistance of the private sector to tailor the courses to the market requirement.

"Fresh certificate holders from IKBN earn between RM800 and RM900 a month and the salary is not longer adequate.

"We hope they will enjoy a better pay if the courses suited the job market," he told reporters after inspecting the construction of the RM78 million Kertih IKBN here Tuesday (15 September 2009).

He said career exhibitions would also be held to expose IKBN trainees on job prospects and expectations.

The Kerteh IKBN, which will be completed in March next year, could accommodate 500 students.

Source: Unit Komunikasi Korporat KBS, dipetik daripada BERNAMA.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Kami bagi pihak AJK Pembela serta ahli ahlinya dengan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung. Moga ceria dan gembira selalu.

Friday, September 18, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Tanggal 16hb September 2009, satu majlis berbuka puasa telah di adakan untuk Pasukan AJK Kanan Penaja PEMBELA. Majlis ini bagi meraikan dan sebagai tanda penghargaan kepada pasukan penaja yang berusaha keras siang dan malam bagi merealisasikan kewujudan pertubuhan PEMBELA ini.

Di samping itu, pasukan penaja telah mengambil kesempatan ini untuk menjalankan satu mesyuarat bagi membincangkan hal hal pertubuhan serta program aktiviti yang bakal akan di adakan tidak lama lagi.




















Untuk maklumat lanjut dan gambar yang lebih jelas, sila layari Facebook PEMBELA :)

Thursday, September 17, 2009

Selamat Datang

Salam dan selamat datang buat semua pengunjung,

Sebagai pengenalan, PEMBELA adalah akronim kepada Pertubuhan Belia Amanah yang di tubuhkan pada sekitar June 2009 dan berpengkalan di Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Negeri Kedah Darulaman.

PEMBELA merupakan satu badan bebas (NGO) dan tidak terikat dengan mana mana pergerakkan parti politik.

PEMBELA pada dasarnya di tubuhkan oleh sekumpulan rakan rakan belia dengan objektif:
1) Satu platform untuk bertukar serta memberi pandangan secara telus dan profesional.
2) Membela nasib dan berkongsi pengalaman dengan golongan belia serta orang ramai dengan cara memberi tunjuk ajar, maklumat, teknik teknik, khidmat nasihat serta pendedahan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan sasaran dan fokus kepada ilmu kemahiran, keusahawanan dan juga kepimpinan.
3) Menanam dan memupuk sifat keprihatinan di samping sebagai satu alternatif untuk mengeratkan silaturrahim antara sesama ahli.

Di harap pertubuhan ini dapat berkembang dan memberi manfaat kepada ahli ahlinya dan juga orang ramai.

Sekian untuk masa ini.

Berminat menjadi ahli PEMBELA? Rujuk cara cara di bawah.


1) Isi borang permohonan
Borang boleh didapati di: http://www.4shared.com/account/document/s2zNqkPD/Borang_Keahlian.html (xls format) atau http://www.4shared.com/account/document/Prbi6xb4/Borang_Keahlian.html (pdf format)

2) Bayar Yuran

Yuran pendaftaran: RM5 - dibayar hanya sekali semasa pendaftaran
Yuran tahunan: RM5 - dibayar tiap tiap tahun

Pembayaran boleh dibuat melalui bank:

Pertubuhan Belia Amanah
Bank Muamalat
Akaun No: 0202-0023485-72-6

3) Emel kami bukti pembayaran yuran beserta borang permohonan

Emel: pembelasp@gmail.com

4) Syarat umum menjadi ahli PEMBELA:

- warganegara Malaysia
- berumur 15 - 45 tahun

*Jika hendak menghantar borang dan membayar yuran secara by-hand, sila emel kami (pembelasp@gmail.com) untuk arrangement.

Terima kasih

Related Posts with Thumbnails