Wednesday, July 23, 2014

Ziarah Ringkas Ramadhan – Permatang Damar Laut, Pulau Pinang

Ziarah Ringkas Ramadhan – Permatang Damar Laut, Pulau Pinang

Tarikh: 22 Julai 2014
Lokasi: Permatang Damar Laut, Pulau Pinang

Sesi ziarah dan penyampaian sumbangan kepada keluarga pesakit kronik di Permatang Damar Laut, Pulau Pinang.

Encik Mohamad Rozi Ismail, 37 tahun terlantar menderita sakit dan tidak berupaya untuk bergerak dan bercakap malah terpaksa bergantung kepada saluran tiub untuk makan dan membuang air besar, kecil dan sebagainya.

Menderita sakit sejak hampir 2 tahun yang lepas akibat komplikasi yang bermula hanya dari kesakitan dalam perut.

Lantaran penyakit beliau, isteri beliau Puan Azriatul Akmal, 35 tahun terpaksa berhenti kerja dan menumpu sepenuh perhatian untuk menjaga beliau.

Kini beliau sekeluarga bergantung kepada bantuan Socso, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Zakat. Walaupun mendapat bantuan, namun terpaksa bertungkus lumus untuk menyara kehidupan, perbelanjaan harian, perbelanjaan ubat ubatan serta anak anak seramai 3 orang yang masih bersekolah rendah.

Kepada yang berhajat untuk menziarahi atau membantu, boleh menghubungi Puan Azriatul secara terus di talian 017 - 4326456.

Antara barangan sumbangan yang amat diperlukan adalah susu seperti dalam gambar. Harga pasaran satu tin: RM67.00 ~ RM70.00. Jumlah kegunaan sebulan: 12 tin.

Pada sesi ziarah kali ini, pihak PEMBELA juga berpeluang menyampaikan sumbangan berbentuk barangan harian dan juga sejumlah wang tunai.

Terima kasih buat semua yang menyumbang. 
 

Ziarah Ringkas Ramadhan - Ibu Tunggal Anak 3 (Kg Batu Hampar, Merbok, Kedah)

Ziarah Ringkas Ramadhan - Ibu Tunggal Anak 3 (Kg Batu Hampar, Merbok, Kedah)

Tarikh: 22 Julai 2014
Lokasi: Kg Batu Hampar, Merbok, Kedah

Sesi ziarah dan penyerahan sumbangan yang dikirim khas untuk Puan Fitriah Bt Abdul Latif, ibu tunggal beranak 3. Anak anak beliau masih bersekolah rendah. Beliau yang tinggal di rumah bantuan ehsan kerajaan hanya bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah turut menyara seorang bapa saudara yang berusia 68 tahun.

Sumbangan disempurnakan oleh wakil PEMBELA, Miss XXX (nama dirahsiakan...hehhe)

Terima kasih buat sahabat yang mengirim sumbangan .

Tuesday, July 22, 2014

Ziarah Ringkas Ramadhan - Ibu Tunggal Anak 5 (Bukit Jambul Indah, Penang)

Ziarah Ringkas Ramadhan - Ibu Tunggal Anak 5 (Bukit Jambul Indah, Penang)

Tarikh: 21 Julai 2014
Lokasi: Taman Bukit Jambul Indah, Pulau Pinang

Sesi penyerahan barangan dan sumbangan yang dikirim khas oleh sahabat sahabat PEMBELA untuk Puan Lin, ibu tunggal anak 5. Ini adalah sesi ziarah kali ke-3 oleh pihak PEMBELA. Puan Lin ternyata gembira dengan kehadiran kami. Antara perkara yang menarik perhatian tentang ziarah kali ini, rumah Puan Lin telah mempunyai sofa. Bila ditanya mana dapat sofa tu, Puan Lin menjawab Allah yang hantar (yang sebenarnya sofa itu dikutip di tepi tong sampah oleh anak anak beliau). Tersenyum kami tak terkata apa apa :)

Apa apa pun, kami dari pihak PEMBELA mengucapkan terima kasih kepada sahabat sahahat yang menyumbang dan sumbangan tersebut telah pun selamat diserahkan kepada Puan Lin. InshaALLAH moga moga usaha kita ini diberkati Allah.
 

 

Ziarah Ringkas Ramadhan - Edisi Kulim

Ziarah Ringkas Ramadhan - Edisi Kulim

Tarikh: 21 Julai 2014
Lokasi: Kg Sg Ular & Kg Tungku Putra Kilang Lama, Kulim, Kedah Darulaman

Sesi ziarah ringkas dan pemberian sumbangan kepada yang memerlukan.

Penerima pertama: Jamilah Bt Man, 49 tahun (Status OKU) yang mempunyai 4 orang anak dan daripadanya masih bersekolah. Turut menyara ayah yang berumur 78 tahun.

Penerima kedua: Harun bin Junus, 92 tahun yang baru kematian anak dan sekarang tinggal seorang diri.

Penerima ketiga: Mahawi Bt Ahmad, 60 tahun tinggal seorang diri. Menyara kehidupan dengan mengutip dan menjual barang barang terbuang.

Terima kasih buat sahabat sahabat yang menyumbang. Sumbangan disempurnakan oleh wakil PEMBELA, Shima Ismail.
 

Monday, July 21, 2014

Ziarah Ramadhan – Edisi Kg Simpor Tambang, Kota Kuala Muda, Kedah Darulaman

Ziarah Ramadhan – Edisi Kg Simpor Tambang
Tarikh: 20 Julai 2014 
Lokasi: Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda, Kedah Darulaman 

Sesi ziarah dan agihan beras kepada 70 penerima Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda, Kedah Darulaman. 

Sesi ini juga menyaksikan 5 keluarga daif & miskin serta warga emas menerima sumbangan khas dan sumbangan tambahan berbentuk barangan harian dan juga sumbangan tunai. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu dan meringankan beban kepada keluarga yang terbabit.

Kami dari pihak PEMBELA mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat sahabat yang prihatin dan sudi memberi sumbangan. 

Terima kasih buat semua pihak yang terlibat.

 

Program Jelajah Sahur Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah


Jelajah Sahur Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah

Tarikh: 18 Julai 2014
Lokasi: Sekitar Kuala Ketil, Bukit Selambau & Sungai Petani

Menyertai Program Jelajah Sahur JPJ Kedah bersama YB Exco Pengangkutan Negeri Kedah. Program bermula sekitar 12 tengahmalam disertai oleh hampir 20 buah kenderaan.

Antara agensi dan NGO yang terlibat termasuklah dari PEMBELA, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani, MPKSM (Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia) dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sungai Petani.

Program ini menyaksikan sebanyak 8 lokasi telah disinggahi termasuklah Stesen Timbang JPJ Kuala Ketil, beberapa kediaman di kawasan Bukit Selambau dan berakhir di Sungai Petani.

Selain dari juadah bersahur, pemberian barangan harian juga diserahkan kepada keluarga yang daif & miskin sepanjang sesi program ini.

Terima kasih buat semua penaja & penyumbang. Tahniah buat semua yang terlibat.


Thursday, July 17, 2014

Kembara Emas Ramadhan PEMBELA 1435H / 2014 M

Tarikh: 12 Julai 2014
Lokasi: Kg Permai, Sungai Petani, Kedah

Program amal sesi ziarah dan pemberian sumbangan kepada keluarga miskin. Destinasi kali ini adalah Kg Permai yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

Kampung ini yang merupakan penempatan setinggan telah dibuka sejak 30 tahun yang lepas dan tidak mempunyai bekalan elektrik. 
 
Kuasa elektrik dijana oleh generator di mana kos minyaknya menelan RM350 sebulan dikongsi oleh seluruh penduduk kampung yang rata rata hanya bekerja sendiri.

Pada sesi ini, pihak PEMBELA berpeluang menyampaikan sumbangan kepada semua keluarga daif dan miskin yang menetap di sini.

Moga moga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban dalam menyambut hari lebaran yang bakal menjelang kelak.

Pihak PEMBELA ingin merakam ribuan terima kasih kepada rakan rakan penyumbang yang prihatin termasuklah rakan rakan perseorangan, syarikat syarikat individu, Sinar Utara Agrofarm, Daging Segar Outlet, Nazza Trading & Services, Kelab Kereta PERTAMA dan lain lain.

Turut memberi sumbangan adalah rakan rakan dari MAMPU (Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya) yang turut hadir dalam sesi kembara kali ini.

Terima kasih buat semua yang terlibat.


Kemaskini 15 Julai 2014
Ziarah susulan dan penyerahan sumbangan tunai untuk kos minyak petrol (generator) bagi kegunaan penduduk Kg Permai.

Sumbangan disempurnakan oleh wakil PEMBELA, saudara Alib dan turut disertai oleh saudara Ajis.

Pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan terima kasih buat penyumbang yang prihatin tentang nasib yang menimpa penduduk Kg Permai ini.

Terima kasih buat semua yang terlibat.   

Iftar PEMBELA 2014


Tarikh: 12 Julai 2014
Lokasi: Restoren Mama Village, Sungai Petani, Kedah

Sesi berbuka puasa warga PEMBELA diadakan di Restoran Mama Village, Sungai Petani, Kedah yang dihadiri oleh 20 orang ahli serta rakan rakan PEMBELA.

Terima kasih buat semua yang sudi hadir.

Program Singgah Sahur Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) bersama PEMBELA

Program Singgah Sahur Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) bersama PEMBELA

Tarikh: 12 Julai 2014
Lokasi: Sekitar Sungai Petani, Kedah

Program Singgah Sahur GKKnK bersama PEMBELA dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Muda & Cinta Sayang Resort.

Difahamkan hampir 150 kenderaan pelbagai jenis mengikuti konvoi sahur ini yang dibahagi ke beberapa kumpulan.

Program ini menyaksikan kumpulan konvoi PEMBELA yang terdiri lebih kurang 25 buah kenderaan telah mengedarkan sebanyak 100 set juadah bersahur kepada kumpulan sasaran iaitu pengawal keselamatan institusi pendidikan, taman perumahan, kem tentera, sekolah dan juga agensi agensi serta pejabat kerajaan.

Manakala kumpulan GKKnK telah mengedarkan juadah bersahur ke lokasi seperti Balai Bomba, JPAM, Balai Polis Trafik, IPD Kuala Muda dan juga Hospital Sungai Petani.

Terima kasih buat semua yang menyumbang dalam menyediakan juadah sahur ini. Dan berbanyak terima kasih buat semua peserta yang mengikuti konvoi singgah sahur ini.

Program bermula sekitar jam 12.00 tengahmalam dan berakhir sekitar jam 4.00 pagi.

Syabas kepada semua yang terlibat! 
 

Penang Hill Ramadhan Nite Hike 1435H


Tarikh: 11 Julai 2014
Lokasi: Bukit Bendera, Pulau Pinang

Sesi riadah dan santai mendaki Bukit Bendera “Penang Hill Ramadhan Nite Hike 1435H” bersama STC (Seram Trekkers Crew) & Penjejak Gunung dalam menjayakan mini kempen “SAVE GAZA”.

Pendakian bermula sekitar jam 10.30 malam (11 Julai 2014) dan berakhir pukul 4.00 pagi (12 Julai 2014).

Tahniah buat semua yang terlibat.

Ziarah Ramadhan PEMBELA - Sungai Petani


Program Ziarah Ramadhan PEMBELA – Sungai Petani

Tarikh: 07 Julai 2014
Lokasi: Sekitar Sungai Petani, Kedah

Sesi ziarah ringkas dan sumbangan kepada warga emas, daif dan fakir miskin sekitar Sungai Petani, Kedah.

Sumbangan diadakan sekitar Taman Kelisa, Taman Ria Jaya Fasa 1 & Taman Ria Raya Fasa 3. Sebanyak 15 keluarga terpilih untuk menerima sumbangan berbentuk barangan ruji harian. Sumbangan disempurnakan oleh wakil PEMBELA, Encik Rosnawi Zenon.

Terima kasih buat semua yang menyumbang dan juga buat semua yang terlibat.

Sunday, July 6, 2014

Program Ziarah Ramadhan 1435H – Edisi Kuala Ketil


Program Ziarah Ramadhan 1435H – Edisi Kuala Ketil
Tarikh: 05 Julai 2014
Lokasi: Kg Padang Kulim & Kg Guar Chempedak, Kuala Ketil, Kedah

Pihak PEMBELA berkesempatan menziarahi serta menyampaikan sumbangan buat ibu tunggal di kawasan Kuala Ketil, Kedah. Acara yang bermula sekitar jam 10.30 malam dan berakhir sejam kemudiannya.

Kunjungan pertama ke kediaman Puan Zulnah Binti Abdul, 40-an yang mempunyai 5 orang anak di mana 4 daripadanya masih lagi bersekolah. Beliau yang telah kematian suami sejak 7 tahun yang lalu hanya mampu bekerja operator kilang dan terpaksa bertungkus lumus menyara kehidupan sekeluarga.

Kunjungan kedua ke kediaman Som Binti Awang, 57 tahun yang kematian suami sejak April 2012. Beliau yang mengalami masalah kesihatan yang tidak berapa stabil dan tinggal bersama 2 orang anak yang seorang daripadanya masih bersekolah. 

Kami dari pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menyumbang.
Terima kasih buat semua yang terlibat :)

Disediakan oleh:
SukriKamis
Team PEMBELA

Program Ziarah Ramadhan 1435H – Edisi Merbok


Program Ziarah Ramadhan 1435H – Edisi Merbok
Tarikh: 05 Julai 2014
Lokasi: Sekitar kawasan Merbok, Kedah Darulaman

Pada Sabtu 5hb Julai 2014, pihak NGO Pembela dengan kerjasama wakil setempat telah mengadakan program Ziarah Ramadhan 1435H. Program yang bertujuan menyumbangkan barangan keperluan harian ini telah berjalan sekitar Kampung Sg. Deraka, Jilid 1 dan Jilid 2.

Sekumpulan ahli Pembela dengan ditemani oleh wakil setempat iaitu Pn Zuria dan rakannya telah memulakan program ziarah pada pukul 3.15 petang. Kunjungan dimulakan dengan dua warga emas di Kampung Sg. Deraka Jilid 1 iaitu Pn. Maliah bt. Salleh yang berusia 77 tahun dan Pn. Som bt. Jaafar yang berusia 81 tahun. Keluarga ketiga yang dikunjungi ialah Pn. Che Nah bt. Awang, 56 tahun yang merupakan seorang ibu tunggal. Rombongan kemudian bergerak ke rumah En. Azizan b. Osman, 46 tahun, sebuah keluarga yang hidup di paras kemiskinan. Dua keluarga terakhir yang dikunjungi di Kampung Sg. Deraka Jilid 1 ialah warga emas Pn. Che Amah bt. Osman berusia 77 tahun serta Pn. Ishah bt. Saad, seorang ibu tunggal yang berusia 58 tahun.

Di Kampung Sg. Deraka pula, seramai tiga keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan telah diberikan sumbangan iaitu En. Yussof b. Ahmad berusia 45 tahun, En. Ali b. Shafie 80 tahun dan En. Ramli b. Ibrahim yang berusia 60 tahun. Ketiga-tiga mereka hanya menjalankan kerja-kerja kampung untuk menyara keluarga masing-masing.

Dua keluarga miskin terakhir dalam program ziarah kali ini tinggal di Kampung Sg. Deraka Jilid 2. En. Azhar b. Ahmad yang berusia 29 tahun tinggal bersama isteri serta 2 orang anak kecil di rumah yang hampir roboh. Keadaan diterukkan lagi dengan ketiadaan jalan menuju ke rumah. Tetapi Pn. Suria memaklumkan yang pembinaan akan dimulakan sebaik sahaja musim padi berakhir. Keluarga En. Sahudi b. Abd Rahman yang berusia 54 tahun merupakan keluarga terakhir yang dikunjungi. Beliau merasa sungguh terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diterima.

Secara keseluruhannya, program yang meliputi ziarah ke 11 keluarga dan berakhir pada jam 5.30 petang itu telah berjaya disempurnakan. Terima kasih buat yang telah menjayakannya dan tidak lupa kepada semua penyumbang!


Related Posts with Thumbnails