Saturday, April 27, 2013

Projek Komuniti Sg Pial - Gotong Royong Baikpulih Bumbung Rumah

Tarikh: 27 April 2013
Tempat: Kg Sg Pial, Tanjung Dawai, Kedah

Projek komuniti gotong royong baikpulih bumbung rumah untuk keluarga kurang kemampuan sumbangan & anjuran pembela. Kediaman tersebut di diami oleh Encik Abu Osman, 56 tahun bekerja sebagai pemandu lori. Tinggal bersama isteri dan bersama 5 orang anak angkat di mana 2 daripada anak angkatnya adalah OKU dan selebihnya masih bersekolah. Isteri beliau hanya bekerja mengampil upah kupas ikan bilis.
 
Sekalung ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dan juga buat semua penyumbang. Kredit kepada: KRT Tmnmalinja, Gabungan Kelab Kereta negeri Kedah (GKKnK), Persatuan Pemilik Kereta Lama (PERTAMA), Sinar Utara Agrofarm, Northern Persona Owner Club (NPOC), Janty Gemilang Enterprise, Nazza Trading & Services. Tidak lupa ucapan terima kasih buat penduduk setempat atas kerjasama yang diberikan. 

Sedikit gambar untuk di kongsi bersama.






Tuesday, April 23, 2013

Menyusuri Trek Lagenda Jejak Warisan Gunung Jerai

Tarikh: 20 April 2013
Tempat: Gunung Jerai, Kedah Darulaman

Pihak PEMBELA bersama sama sahabat sahabat dari Hikers Trekker United (HTU) dan Geng Penjejak Gunung telah mengadakan satu acara hiking dan survey trek melalui Trek Jejak Warisan Gunung Jerai. Turut bersama dalam acara ini adalah sahabat dari Osram Penang.

Acara pendakian ini bermula di kaki bukit Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah dan berakhir di Puncak Gunung Jerai diketuai oleh saudara Fisol Khalib (Mr. Long). Pendakian yang melebihi 10km ini dengan permukaan tanah naik turun sememangnya memberi cabaran dan tekanan mental buat kesemua peserta. Namun semangat, keazaman, kerjasama serta kecekalan, syukur kesemua peserta dapat menamatkan pendakian tanpa sebarang masalah.

InsyaALLAH pada 8 & 9 Jun 2013 akan datang ini, pihak PEMBELA akan mengadakan satu lagi acara ulangan hiking melalui trek ini. Acara akan datang akan melibatkan acara hiking, berkhemah dan BBQ kambing golek di Puncak Gunung Jerai. Penyertaan terbuka kepada umum. Tunggu update dari PEMBELA dalam masa terdekat ini mengenai program hiking & BBQ pada 8 & 9 Jun nanti :)

Sedikit gambar untuk dikongsi bersama.







Wednesday, April 10, 2013

Eksplorasi Gua Wang Burma 2013 - Perlis

Tarikh: 07 April 2013
Tempat: Gua Wang Burma, Perlis

Program riadah eksplorasi Gua Wang Burma anjuran PEMBELA dengan kerjasama dan sokongan dari Skuad 1Malaysia AADK Kuala Muda dan Hikers Trekkers United (HTU).

Seawal 7.30 pagi seramai 30 orang peserta berkumpul di RnR Gurun untuk berkumpul dan bersarapan dan seterusnya memulakan perjalanan dan tiba di lokasi sekitar jam 10.30 pagi. Gua Wang Burma terletak di kawasan Taman Negeri Perlis.

25 dari 30 orang peserta telah mengikuti eksplorasi ini yang bermula sekitar jam 11.30 pagi. Eksplorasi bermula dengan acara jungle trekking sejauh lebih kurang 1km sebelum tiba di pintu gua.

Gua Wang Burma terbahagi kepada Gua Wang Burma 1 dan Gua Wang Burma 2.

Gua Wang Burma 1 lebih kepada keadaan kering dan Gua Wang Burma 2 lebih kepada keadaan basah. Namun kedua duanya memerlukan pelbagai pergerakan seperti merangkak, jalan itik, meniarap, meloloskan diri dalam lubang kecil dan sebagainya. Gua Wang Burma tidaklah setanding dengan Gua Tempurung tetapi Gua Wang Burma lebih kepada keadaan yang masih semulajadi dan amat gelap.

Eksplorasi berjaya ditamatkan sekitar 2 jam 30 minit kemudian. Para peserta kemudian disajikan makanan tengahari dan kemudian membuat aktiviti bebas masing masing. Ada yang terus pulang, ada yang pergi meronda Padang Besar dan Team PEMBELA mengambil kesempatan untuk bersiar siar di Pasar Wang Kelian yang cuma terletak dalam 2km dari Gua Wang Burma.

Pada kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan jutaan terima kasih buat kesemua peserta yang memberi sokongan dalam menjayakan eksplorasi ini. Sekalung penghargaan juga buat Skuad 1Malaysia AADK Kuala Muda yang sudi menaja minuman dan makanan ringan dalam ekspedisi ini. Terima kasih juga buat jurupandu, Encik Hasbullah yang sudi membantu dalam menjayakan eksplorasi kali ini.

Syabas dan tahniah buat semua!







"Setitis Darah Penyambung Harapan" - Kempen Derma Darah Satu Titis Satu Nyawa

Tarikh: 06 April 2013
Tempat: Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah

Program sempena Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia 2013. Pihak PEMBELA dengan kerjasama Kor Kesihatan Diraja 6 Briged ATM telah menganjurkan satu kempen derma darah.

Selain dari kempen derma darah, terdapat pelbagai lagi acara menarik seperti demostatik tentera, gerai pameran serta jualan, pertunjukan aksi tentera, futsal, acara basikal, acara kanak kanak dan sebagainya.

Terima kasih buat semua yang terlibat.
 



Related Posts with Thumbnails