Sunday, October 31, 2010

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - Iklan Jawatan Kosong


Maklumat lanjut, sila layari:
http://bsm.upsi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=90

*PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA!

Saturday, October 30, 2010

Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang - Iklan Jawatan Kosong



Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Borang-borang boleh dimuaturun di
http://www.penangmuseum.gov.my/Downloads.aspx

atau boleh didapati di Pejabat Urusan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang beralamat :

Paras Bawah,
Dewan Sri Pinang, Lebuh Light,
10200 Pulau Pinang

Tel: 04-261 3144
Fax: 04-261 4544
E-Mel : muzium@po.jaring.my

Tarikh Tutup: 30th November 2010

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang - Iklan Jawatan Kosong


Berikut adalah senarai jawatan kosong di Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang:

I. Penolong Sistem Maklumat Gred F29 (Kontrak)
II. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 (Kontak)
III. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N17 (Kontrak)
IV. Pembantu Am Pejabat Gred N1 (Kontrak)
V. Pemandu Kenderaan Gred R3 (Kontrak)

Untuk Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Tarikh Tutup: 08th November 2010

Friday, October 29, 2010

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah - Maklumat Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM)



KADAR BIASISWA

KADAR SEBULAN

KADAR SETAHUN

Tingkatan 1

RM 45.00

RM 540.00

Tingkatan 2

RM 45.00

RM 540.00

Tingkatan 3

RM 45.00

RM 540.00

Tingkatan 4

RM60.00

RM 720.00

Tingkatan 5

RM 60.00

RM660.00*

* Tingkatan 5 berdasarkan 11 bulan pengajian sahaja.
** Tingkatan 6 - tidak ditawarkan.

Cara-cara Permohonan:
  • Para pelajar boleh mendapatkan maklumat melalui guru biasiswa di sekolah masing-masing.
  • Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) bolehlah menghubungi pentadbiran LBNK. Telefon : 04-744454, Email : biasiswa@lbnk.gov.my

Sumber: http://www.lbnk.gov.my

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - Iklan Jawatan Kosong

Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan seperti di bawah :

Jawatan: Kerani Kewangan
Gred: K1
Taraf Jawatan: Projek Urusniaga

CARA MEMOHON:
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Kepujian Bahasa Malaysia
- Kepujian Matematik
- Kepujian Prinsip Akaun

Gaji : RM800.00 sebulan
Elaun Kedatangan - RM50.00
Elaun Pengangkutan - RM50.00

Tempat Bertugas :
Pusat Memproses Makanan FAMA Puchong Jaya (KopieSatu)

Cara Memohon:
  1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Permohonan FAMA. 1-89p yang boleh didapati di Cawangan Perjawatan,IbuPejabat FAMA (Ting. 3) atau di Pusat Memproses Makanan FAMA Puchong Jaya.
  2. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :

Alamat Permohonan:
Pengurus
Pusat Memproses Makanan FAMA Puchong Jaya
No.18 Jalan Serindit 2
Kawasan Perindustrian Puchong Jaya
47100 Puchong Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-58824172 Fax : 03-58824173

Sumber: http://www.famaxchange.org/web/guest/jobs

Iklan Lengkap Jawatan Kosong: KLIK SINI

Thursday, October 28, 2010

Permohonan Mengikuti Latihan Giatmara



Syarat-syarat Kemasukan:
1. Warganegara Malaysia
2. Sekurang-kurangnya 15 tahun pada tarikh permohonan.
3. Bumiputra
4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat
6. Berminat dengan bidang yang dipohon
7. Boleh membaca, menulis dan mengira.

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :

1. Latihan percuma
2. Elaun bulanan (sepenuh masa)
3. Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
4. Sukan dan Rekreasi
5. Sijil Kemahiran GIATMARA
6. Sijil JPK (Di mana berkenaan)
7. Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
8. Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

Kumpulan Sasar
1. Mereka yang tidak dapat meneruskan pembelajaran akademik.
2. Mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat kerja dan berusaha sendiri.
3. Mereka yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru.
4. Mereka yang ingin menambahkan pengetahuan kemahiran untuk kemajuan kerjaya.
5. Mereka yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan tahap kemahiran dalam jurusan yang diceburi.
6. Mereka yang berminat menceburi bidang keusahawanan berasaskan kemahiran.
7. Ibubapa Tunggal.
8. Mereka yang ingin belajar atas dasar Pembelajaran Sepanjang Hayat.


Maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Giatmara yang berdekatan dengan anda.

Download Borang Permohonan: KLIK SINI

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2011


Pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2011.

Syarat-syarat Umum:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010.
  • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: http://esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke SMV/SMT berhampiran
  • Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.

Mengubahsuai Pilihan Permohonan:

  • Setiap permohonan boleh diubahsuai sehingga 26 November 2010.

Rayuan Kemasukan:

  • Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke SMV/SMT yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.

Kemudahan Asrama:

  • Kemudahan asrama disediakan di semua SMV/SMT kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Muat Turun Borang

  • Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara online, sila muat turun Borang berkaitan Kemasukan ke SMV/SMT 2011 di bawah:
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke SMV/SMT berkenaan. Tarikh akhir penghantaran Borang Kemasukan ialah 26 November 2010.

Muat Turun Dokumen Panduan

Monday, October 25, 2010

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang - Iklan Jawatan Kosong



UNIT TAPAK PESTA DAN EKSPO JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Unit Tapak Pesta dan Ekspo, Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang seperti berikut:-

1. JAWATAN : PEKERJA KEBERSIHAN DI TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG

2. JUMLAH KEKOSONGAN : 28 KEKOSONGAN (LELAKI SAHAJA)

3. BIDANG TUGAS

Melaksanakan kerja-kerja pembersihan seperti untuk kerja-kerja pembersihan kawasan dan bangunan seperti kawasan lapang, laluan pejalan kaki, kawasan berumput, longkang (termasuk di kawasan letak kereta) tandas-tandas, bangunan dewan, Rumah Kesenian, booth tiket , kawasan medan selera, taman hiburan dan kawasan-kawasan lain yang perlu dibersihkan atas arahan urusetia dari semasa ke semasa.

4. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun;

(c) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;

(d) Berkebolehan dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan;

(e) Mempunyai sifat amanah, sabar dan tekun dalam melaksanakan tugas yang diberikan;

(f) Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang tinggal berdekatan dengan Tapak Pesta Sungai Nibong atau bahagian pulau.

5. TEMPOH DAN WAKTU BERKERJA

HARI BEKERJA : Mulai 28 November 2010 hingga 5 Januari 2011 (Sepanjang Pesta Berlangsung)

HARI TIDAK BEKERJA : Tiada

WAKTU BEKERJA (SYIF 1) : 10.00 pagi hingga 5.00 petang

WAKTU BEKERJA (SYIF 2) : 5.00 petang hingga 12.00 malam

6. BAYARAN UPAH : RM30.00 sehari

7. TARAF JAWATAN : SAMBILAN (39 hari)

8. CARA PERMOHONAN

Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 23, 10990 KOMTAR (No Tel 04-2623505 / 6505188 atau Unit Tapak Pesta dan Ekspo, Tapak Pesta, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau Pinang . Borang permohonan yang telah disempurnakan perlu di hantar di alamat yang sama seperti di atas dan tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Oktober 2010 ( Jumaat).


Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Sunday, October 24, 2010

Saturday, October 23, 2010

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) - Iklan Jawatan Kosong





Tarikh Tutup: 03rd November 2010

*PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA!

Friday, October 22, 2010

Thursday, October 21, 2010

FINAS - Iklan Jawatan Kosong



Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Tawaran untuk mengikuti Program Inkubator Usahawan Belia Tani


Maklumat Lanjut:KLIK SINI

Download Borang Program: KLIK SINI

Monday, October 18, 2010

Forum Perdana Hal Ehwal Islam - Anjuran AADK Negeri Kedah

Saturday, October 16, 2010

Ringkasan Bajet 2011


  • Tema "Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi", empat strategi
    1. Mendaya kembali pelaburan swasta
    2. Membangunkan modal insan
    3. Mensejahterakan hidup rakyat
    4. Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam

  • Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai tahun depan dan ianya dapat menyediakan pengangkutan awam yang efisien dan selesa serta pantas

  • Pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pembangunan bercampur iaitu kediaman mampu milik, perdagangan industri dan kemudahan prasarana

  • Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan membangunkan "Warisan Merdeka" dengan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 billion dan dijangka siap pada tahun 2015

  • Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia

  • GLIC dibenar meningkatkan pelaburan luar negara, sebagai contoh KWSP akan meningkatkan from 7% kepada 20% nilai aset

  • Penyenaraian anak syarikat Petronas dan MISC, iaitu Petronas Chemical Sdn Bhd dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Berhad pada tahun depan

  • Pasaran modal Islam akan terus diunggulkan
    1. Membangunkan International Board bagi penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh Syariah
    2. Pemotongan cukai kepada produk berinovasi bagi sekuriti Islam berlandaskan prinsip Murabahah dan Bai Bi-thaman Ajil berasaskan tawarruq

  • Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz RM1 billion dan patuh syariah bagi memberi peluang kepada pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersil utama di bandar utama dalam negara

  • Melancarkan Dana Pencen Swasta pada tahun 2011 bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Therefore pelepasan cukai sebanyak RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja di dalam KWSP diperluaskan ke dana ini

  • Pengecualian duti import dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011 bagi pemegang francais kereta hybrid dan kereta elektrik serta motosikal hybrid dan elektrik

  • Membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang (RM50 juta)

  • Duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5% to 30% dimansuhkan antaranya beg tangan, bola golf, dompet, syampu, selimut, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dalam dan wangian

  • Meningkatkan produktiviti dengan mengalakkan penanaman semula pokok kelapa sawit lama dengan klon baru bermutu tinggi

  • Cukai jualan sebanyak 10% ke atas telefon bimbit dikecualikan sepertimana PDA yang tidak dikenakan cukai pada masa ini

  • Kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang akan dibangunkan sebagai pusat penyelenggaraan dan membaik pulih kapal terbang serta memberi latihan khusus bagi melahirkan pakar dalam bidang ini

  • Memberi peluang kedua kepada mereka yang telah disenarai hitam atau tidak dapat berniaga atau membuat pinjaman akibat bankrap

  • Kadar cukai perkhidmatan dinaikkan 1% kepada 6%. Di samping itu cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar

  • Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing. RM6.4 billion akan disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru

  • Meningkatkan kadar enrolmen prasekolah dengan sasaran 72% menjelang akhir tahun 2011

  • Peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA

  • Memperkasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
    1. Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75% (universiti penyelidikan) dan 60% (IPTA lain)
    2. Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah IPTA

  • Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara bagi menjadi platform utama dalam penetapan upah yang diwakili oleh majikan, kesatuan kerja, Kerajaan, NGO, individu dan akademia

  • Kerajaan akan menguatkuasa gaji pokok minimum untuk pengawal keselamatan kepada RM500 to RM700 sebulan mengikut kawasan compared with RM300 to RM400 pada masa ini mulai Januari 2011

  • Kenaikan levi secara peringkat mengikut sektor bagi pekerja asing bagi mengurangkan bilangannya di masa akan datang

  • Menyeru pihak swasta bagi mengambil pekerja separuh masa wanita terutamanya bagi mereka yang dah kahwin

  • Menjenama semula 40 TASKA 1Malaysia bagi membantu golongan wanita yang tidak berkemampuan

  • Kerajaan memberi flexibility kepada pekerja wanita untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan Cuti Bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan

  • Mengalakkan pembangunan dan penyelidikan sukan sebagai contoh penubuhan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan RM20 juta bagi melahirkan pemain bola sepak berkualiti dan berkemahiran tinggi

  • Program bantuan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang melibatkan RM218 juta yang akan dimanfaatkan oleh 80,000 OKU

  • Pengecualian duti eksais dinaikkan daripada 50% kepada 100% ke atas sebuah kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU

  • Rebat bayaran elektrik sebanyak RM20 sebulan diteruskan sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana melibatkan 1 juta pengguna di seluruh negara @RM150 juta

  • Pelepasan cukai sebanyak RM5,000 ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa diperluaskan lagi kepada bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluaan harian mereka seperti lampin pakai buang

  • RM568 juta disediakan bagi pembinaan 300 unit kediaman (Projek Bantuan Perumahan Bandar), 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 (Projek Bantuan Sewa Rumah)

  • Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang menawarkan jaminan Kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10% bagi harga rumah di bawah RM220,000 untuk golongan muda yang baru bekerja dan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan. Ianya bagi pembelian rumah pertama dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3 ribu sebulan

  • Menyedia bekalan air dan elektrik luar bandar di Sabah (RM1.5 bilion) dan Sarawak (RM1.2 bilion) dan semenanjung Malaysia (RM556 juta)

  • Menyediakan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memudahkan penduduk kawasan terpencil di Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk mendaftar kerakyatan

  • Peruntukan subsidi sebanyak RM974 juta (padi, baja dan benih padi)

  • Menaikkan elaun bulanan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru from RM450 to RM800

  • Elaun Imam dinaikkan from RM450 to RM750 sebulan dan imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan from RM500 to RM800 mulai 1 Januari 2011

  • Kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun bermula serta-merta

  • RM15.2 billion diperuntukan bagi membina hospital baru, menambaah bilangan doktor dan jururawat serta bekalan ubat dan peralatan perubatan

  • 1MDB akan menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah daripada golongan berpendapatan rendah

  • Meringankan beban penjawat awam (gred 54 dan ke bawah) bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah dengan memberi Bantuan Khas Kewangan (Bonus) sebanyak RM500 yang akan dibayar pada bulan Disember 2010. Ianya juga layak bagi pegawai kontrak dan pesara Kerajaan

  • Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat bagi tempoh setahun lagi yang mana sebelum ini tamat sehingga 31 Disember 2010

  • Menaikkan kadar pinjaman perumahan maksimum daripada RM360,000 kepada RM450,000

Sumber: emel

Friday, October 15, 2010

Permohonan ke IKBN Sessi Januari 2011

Permohonan secara 'On-Line' kemasukan pelajar baru Sesi Januari 2011 ke IKBN telah dibuka pada 6 Oktober 2010 sehingga 2 November 2010.




Maklumat lanjut, sila layari: http://eikbn.gov.my/ikbnweb/public/

Thursday, October 14, 2010

Kejohanan Tomoi Super 4 - Peringkat Kebangsaan

Tuesday, October 12, 2010

Lembaga Hasil Dalam Negeri - Iklan Jawatan Kosong



Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Tarikh Tutup: 25th October 2010

Sunday, October 10, 2010

Sumbangan Pakaian Terpakai - Hari Kokurikulum Sek Keb Sg Layar

Ribuan terima kasih kepada semua penyumbang terutamanya rakan rakan dari warga Osram, USM, KLMU serta rakan rakan dan ahli ahli PEMBELA yang lain.

Bersama Ustaz Ismail (Wakil Penyelaras Hari KoKurikulum Sek Keb Sg Layar)

Jumlah pakaian terpakai yang di sumbang agak banyak dan sebahagian daripada sumbangan pakaian terpakai tersebut akan di salurkan kepada mangsa bencana di Pakistan.

Sedikit gambar untuk tatapan.

Anda juga boleh melayari Facebook PEMBELA untuk gambar yang jelas.

Thursday, October 7, 2010

MARA - Iklan Jawatan Kosong



Nama Jawatan: Penjaga Jentera Elektrik
Taraf Jawatan: Kontrak
Tarikh Tutup: 12th October 2010

Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Perhatian: PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA - UNTUK MEMOHON KLIK SINI

Wednesday, October 6, 2010

Kerajaan Negeri Pulau Pinang - Iklan Jawatan Kosong




Jawatan Kosong Di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi jawatan:
1) Pemandu Kenderaan Gred R3
2) Pengawas Hutan Gred G11

Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Tarikh Tutup: 15th October 2010

Kerajaan Negeri Pulau Pinang - Iklan Jawatan Kosong


Jawatan Kosong Secara Kontrak Di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 dan Pengawal Keselamatan Gred KP11.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan muat turun iklan (KLIK SINI)

Tarikh Tutup: 08th October 2010

Saturday, October 2, 2010

Keretapi Tanah Melayu (KTM) - Iklan Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR (KEPADA PRESIDEN KTMB)

Kelayakan
  • Memiliki kelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah;
  • Memiliki lesen memandu kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
  • Mempunyai pengalaman memandu sekurang-kurangnya 2 tahun;
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan;
  • Berkebolehan berkomunikasi, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu; dan
  • Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
Spesifikasi Tugas
  • Memastikan kenderaan syarikat berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan;
  • Memandu mengikut peraturan pemanduan yang betul;
  • Memastikan cukai jalan sah laku; dan
  • Menjaga dan memastikan kenderaan yang dibawa dalam keadaan yang bersih.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan butir-butir peribadi lengkap beserta dengan salinan sijil persekolahan, lesen, gambar berukuran passport dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat pada 15 Oktober 2010 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Pembangunan Sumber Manusia

Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad

Jalan Sultan Hishamuddin

50621 Kuala Lumpur


Lihat Iklan Jawatan Di Sini

Friday, October 1, 2010

Cancer Awareness Fair - 3rd October 2010 at Penang Adventist Hospital

News: Circular from Malaysia Airlines (30 September 2010)

One passenger, one hand baggage enforcement effective 1 October 2010

Effective from 1st October 2010, we will enforce the one passenger one hand baggage policy strictly in all classes of travel at KL International Airport. This ruling will also include the City Air Terminal at KL Sentral. We have been lenient on this ruling and it is time to enforce this ruling in line with best practices among airlines.

Hand baggage for all passengers will be screened at all various options of check-in i.e. at the counters and at the bag drop-off areas for those who check-in via the web and kiosks.

MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) will enforce this ruling for all airlines operating into and from KLIA. Strict screening will be done at all entrance points for flights. Checks will also be conducted at the check-in counters and boarding gates.

Safety and Comfort in the Cabin

Limiting the number of hand baggage pieces in the cabin minimises injuries caused by oversized baggage falling from the overhead compartments and ensures that each passenger has enough place to stow/keep their bags in the cabin.

The number of hand baggage pieces is determined by the class of travel.

Economy Class passengers are allowed 1 piece while First and Business Class passengers are allowed 2 pieces.

The one passenger, one hand baggage policy for all airlines at KLIA will be strictly enforced by MAHB and checks will be conducted at the entrance points for flights. For First and Business Class passengers who are allowed the 2nd hand baggage, this piece must be tagged at the check-in counter.

In addition to the hand baggage, the following personal items are allowed *:

· handbag, pocket book or purse

· briefcase

· an overcoat, wrap or blanket

· electronic equipment such as laptop, ipad & camera

· a small camera or a pair of binoculars

· a reasonable amount of reading material for the flight

· an infant carry cot

· Infant & children food for consumption in-flight

· Fully collapsible baby stroller (on wide body aircraft only)

· walking stick/canes or crutches and/or braces/prosthetic devices, which the passenger is dependent on

· Syringes or needles for personal medical use with needle guard in place. These have to be accompanied by the medication in its original labeled container.

*All hand baggage beyond the 1st piece must be tagged. Please enquire with the check-in/baggage drop-off counter staff.

More information on the baggage dimension can be found on the following link: http://www.malaysiaairlines.com/hq/en/bkinfo/trvlinfo/airport/baginfo/baggage-info.aspx

Checks at pre-embarkation and embarkation

At all check-in counters at KLIA and KL City Air Terminal, hand baggage test kits will be placed at the check-in area and departure hall entrances.

Our staff together with MAHB security personnel will insist that the hand baggage is sighted/produced at check-in, entrance points for flights and at the boarding gate. If the hand baggage exceeds the weight (5kg), customers might be required to have their bags placed in the cargo hold. Again, this is for safety.

Our Call of action

While this may be perceived as being rather unfriendly and inhospitable, please take the effort to explain this enforcement to our customers, corporate clients, travel agents, partners, Enrich members, public and private sector stakeholders.

Limiting the number of hand baggage pieces allows us to raise safety standards and comfort in the cabin for passengers and cabin crew:

· Customers are able to move in and out of seats easier as the passage ways are cleared of baggage,

· Embarkation and disembarkation from the aircraft cabin is quicker and efficient,

· Movement during transfers between flights/terminals is also faster and

· Most importantly, in the event of an emergency, the evacuation from the cabin is quick.

In several regions/stations based on airport authority or home base airline ruling, this policy is already imposed on Malaysia Airlines and its customers for strict compliance. Travel advisory notices/reminders on our website will be uploaded later today and signages at check-in islands at level 5-KLIA and KLCAT will be also placed.

Source: email

Related Posts with Thumbnails