Monday, October 25, 2010

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang - Iklan Jawatan Kosong



UNIT TAPAK PESTA DAN EKSPO JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Unit Tapak Pesta dan Ekspo, Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang seperti berikut:-

1. JAWATAN : PEKERJA KEBERSIHAN DI TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG

2. JUMLAH KEKOSONGAN : 28 KEKOSONGAN (LELAKI SAHAJA)

3. BIDANG TUGAS

Melaksanakan kerja-kerja pembersihan seperti untuk kerja-kerja pembersihan kawasan dan bangunan seperti kawasan lapang, laluan pejalan kaki, kawasan berumput, longkang (termasuk di kawasan letak kereta) tandas-tandas, bangunan dewan, Rumah Kesenian, booth tiket , kawasan medan selera, taman hiburan dan kawasan-kawasan lain yang perlu dibersihkan atas arahan urusetia dari semasa ke semasa.

4. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun;

(c) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;

(d) Berkebolehan dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan;

(e) Mempunyai sifat amanah, sabar dan tekun dalam melaksanakan tugas yang diberikan;

(f) Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang tinggal berdekatan dengan Tapak Pesta Sungai Nibong atau bahagian pulau.

5. TEMPOH DAN WAKTU BERKERJA

HARI BEKERJA : Mulai 28 November 2010 hingga 5 Januari 2011 (Sepanjang Pesta Berlangsung)

HARI TIDAK BEKERJA : Tiada

WAKTU BEKERJA (SYIF 1) : 10.00 pagi hingga 5.00 petang

WAKTU BEKERJA (SYIF 2) : 5.00 petang hingga 12.00 malam

6. BAYARAN UPAH : RM30.00 sehari

7. TARAF JAWATAN : SAMBILAN (39 hari)

8. CARA PERMOHONAN

Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 23, 10990 KOMTAR (No Tel 04-2623505 / 6505188 atau Unit Tapak Pesta dan Ekspo, Tapak Pesta, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau Pinang . Borang permohonan yang telah disempurnakan perlu di hantar di alamat yang sama seperti di atas dan tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Oktober 2010 ( Jumaat).


Maklumat Lanjut: KLIK SINI

No comments:

Related Posts with Thumbnails