Sunday, January 12, 2014

Ziarah Pesakit Buah Pinggang

Ziarah Pesakit Buah Pinggang
Tarikh: 11 Januari 2014 | 5.30 petang

Sesi ziarah pesakit buah pinggang, Encik Shahrom bertempat di Sg Petani. Beliau yang menderita sakit sejak setahun dan kini tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan. Mendapat bantuan Socso sebanyak RM1000 sebulan.

Namun perbelanjaan perubatan dan rawatan melebihi RM700 sebulan. Pendapatan selebihnya digunakan untuk perbelanjaan dapur dan persekolahan dua orang anak (Tingkatan 6 & Darjah 6). Isteri bekerja sebagai pembantu gerai minuman dan kuih bagi menampung sara hidup keluarga.

Kepada yang berhajat untuk membantu, boleh menghubungi beliau di talian: 0111-5327278 (Shahrom). Sumbangan juga boleh disalurkan melalui RHB Bank (No. akaun: 152028 00084 586).





Disediakan oleh:
SukriKamis
Team PEMBELA

Saturday, January 11, 2014

Kembara Malam – Edisi Ziarah Setinggan Taman Sri Enggang

Kembara Malam – Edisi Ziarah Setinggan Taman Sri Enggang
Tarikh: 09 Jan 2014 | 9.30 malam
Lokasi: Sungai Petani, Kedah

Pada 9hb Jan 2014 jam 9.30 malam, satu program ziarah telah dijalankan oleh pihak NGO Pembela. Tujuan ziarah ialah untuk meninjau kehidupan Pn. Fatimah bt Ismail yang tinggal di atas tanah rizab KTMB berdekatan Taman Seri Enggang, Sg Petani.

Rombongan seramai 15 orang termasuk 3 orang wakil masyarakat setempat telah bertemu di 'tempat berteduh' yang dibina sendiri oleh Pn. Fatimah dari papan lapis dan bahan buangan lain. Beliau yang tinggal berseorangan di situ merupakan seorang ibu tunggal dan berusia 67 tahun.

Sumber air utama untuk urusan mandi dan membasuh diperoleh dari telaga berhampiran rumah. Untuk minuman pula, air tapisan digunakan yang dibeli di kedai berhampiran. Bekalan elektrik memang tiada, cuma lilin saja yang digunakan untuk menerangi pondok kecilnya. Beliau yang tinggal di situ hampir 10 tahun tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan hanya mengharapkan bantuan sebanyak RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan.

Namun begitu, keadaan fizikal dan kesihatannya masih baik dan cuma mengalami sedikit masalah penglihatan dan sedang menjalani pemeriksaan mata di hospital. Beliau juga kini sedang dalam permohonan untuk mendapatkan rumah di bawah program PPRT oleh KEDA namun kelulusan permohonan masih samar samar.

Dalam ziarah tersebut, pihak PEMBELA mengambil peluang untuk menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan harian berupa beras, roti, telur dll.

Terima kasih untuk penyumbang yang bermurah hati dan tahniah kepada semua yang telah meluangkan masa untuk melawat beliau.


Dan kepada sesiapa yang berhajat untuk menyumbang, boleh menghubungi pihak kami. Antara barangan yang diperlukan adalah:
- barang makanan / minuman
- tilam / bantal / selimut / toto
- barangan mandian
- barangan membasuh / baldi
- Lilin / ubat nyamuk / balang gas mudah-alih dll

Sila hubungi:
1) Nazrulnizam – 019 4589942
2) Azhan Jamaludin – 019 5512300
3) Faridah – 019 4149533
Related Posts with Thumbnails