Thursday, September 17, 2009

Selamat Datang

Salam dan selamat datang buat semua pengunjung,

Sebagai pengenalan, PEMBELA adalah akronim kepada Pertubuhan Belia Amanah yang di tubuhkan pada sekitar June 2009 dan berpengkalan di Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Negeri Kedah Darulaman.

PEMBELA merupakan satu badan bebas (NGO) dan tidak terikat dengan mana mana pergerakkan parti politik.

PEMBELA pada dasarnya di tubuhkan oleh sekumpulan rakan rakan belia dengan objektif:
1) Satu platform untuk bertukar serta memberi pandangan secara telus dan profesional.
2) Membela nasib dan berkongsi pengalaman dengan golongan belia serta orang ramai dengan cara memberi tunjuk ajar, maklumat, teknik teknik, khidmat nasihat serta pendedahan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan sasaran dan fokus kepada ilmu kemahiran, keusahawanan dan juga kepimpinan.
3) Menanam dan memupuk sifat keprihatinan di samping sebagai satu alternatif untuk mengeratkan silaturrahim antara sesama ahli.

Di harap pertubuhan ini dapat berkembang dan memberi manfaat kepada ahli ahlinya dan juga orang ramai.

Sekian untuk masa ini.

Berminat menjadi ahli PEMBELA? Rujuk cara cara di bawah.


1) Isi borang permohonan
Borang boleh didapati di: http://www.4shared.com/account/document/s2zNqkPD/Borang_Keahlian.html (xls format) atau http://www.4shared.com/account/document/Prbi6xb4/Borang_Keahlian.html (pdf format)

2) Bayar Yuran

Yuran pendaftaran: RM5 - dibayar hanya sekali semasa pendaftaran
Yuran tahunan: RM5 - dibayar tiap tiap tahun

Pembayaran boleh dibuat melalui bank:

Pertubuhan Belia Amanah
Bank Muamalat
Akaun No: 0202-0023485-72-6

3) Emel kami bukti pembayaran yuran beserta borang permohonan

Emel: pembelasp@gmail.com

4) Syarat umum menjadi ahli PEMBELA:

- warganegara Malaysia
- berumur 15 - 45 tahun

*Jika hendak menghantar borang dan membayar yuran secara by-hand, sila emel kami (pembelasp@gmail.com) untuk arrangement.

Terima kasih

4 comments:

Anonymous said...

bagaimana nak joint PEMBELA

admin said...

sila rujuk keterangan dalam entri ini. Terima kasih :)

MADEM ANN said...

tak de ke no fon?

Unknown said...

Umur lebih 45 thn boleh dpertimbang tak?

Related Posts with Thumbnails