Thursday, July 26, 2012
Iklan Jawatan Kosong - Majlis Bandaraya Ipoh
Iklan Penuh: KLIK SINI
*PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA
Untuk memohon: KLIK SINI
Tarikh Tutup Permohonan: 15hb Ogos 2012
Tuesday, July 24, 2012
Saturday, July 21, 2012
Projek Ramadhan - Kembara Emas Ramadhan 2012
Salam semua,
Untuk makluman, pihak PEMBELA bercadang untuk melakukan satu aktiviti amal sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Nama program: Kembara Emas Ramadhan 2012
Tarikh: 11hb Ogos 2012 (Sabtu) | 2.00pm ~ 6.00pm
Lokasi: Kg Kepala Gajah, Simpang 4 Tasek, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Tempat berkumpul: Perkarangan Masjid Kg Kepala Gajah, Simpang 4 Tasek, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Program adalah berbentuk lawatan dari rumah ke rumah disamping pemberian sumbangan.
Sebanyak 4 buah rumah akan dilawati untuk program kali ini.
Justeru itu, kepada sesiapa yang berhajat untuk memberi sumbangan boleh menghubungi pihak penyelaras program seperti yang tertera:
1) Sukri Kamis (Matkri - 012 5543925)
2) Mohd Nazrulnizam (Own - 019 4589942)
3) Fairos Umar (Farouk - 019 5208907)
4) Shamsudin Shah (Along - 012 5658772)
Antara barang sumbangan yang diperlukan adalah termasuk:
1) Barang makanan dan kegunaan harian
2) Perkakasan mandian
3) Perkakasan mencuci
4) Lampin pakai buang (dewasa)
5) Kuih / biskut raya
6) Dan lain lain yang difikirkan perlu
Sumbangan boleh diserahkan selewat lewatnya 08hb Ogos 2012.
Dan kepada sesiapa yang berkelapangan, adalah dijemput hadir untuk memeriahkan kembara amal ini bersama sama.
Sila hubungi pihak penyelaras program untuk maklumat lanjut atau terdapat sebarang pertanyaan.
InsyaALLAH, marilah kita sama sama beramal dalam bulan yang penuh rahmat ini.
Selamat berpuasa.
Regards,
SukriKamis
012 5543925
Team PEMBELA

Majlis Sumbangan Pengerusi Risda kepada NGO
Tarikh: 15hb Julai 2012
Tempat: Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah Darulaman
Tempat: Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah Darulaman
Pihak PEMBELA mendapat jemputan untuk menghadiri majlis sumbangan pengerusi Risda kepada NGO NGO terpilih seluruh negeri Kedah. Sebanyak 84 NGO telah menerima sumbangan pada majlis ini.
Thursday, July 19, 2012
Gotong Royong - PEMBELA bersama Skuad 1Malaysia Daerah Kuala Muda
Tarikh: 15hb Julai 2012
Tempat: Kg. Pondok, Batu Hampar, Merbok, Kedah
PEMBELA mendapat jemputan untuk menyertai program gotong royong (Program Titian Kasih Bersama Badan NGO) anjuran Skuad 1Malaysia Daerah Kuala Muda. Program ini adalah berbentuk kemasyarakatan dan antara pengisian program adalah membaikpulih rumah, menurap jalan serta membersih kawasan sekitar.
Turut serta menyertai program ini adalah Pasukan Khas Rukun Tetangga Daerah Kuala Muda, Majlis Kebajikan Pusat Semenanjung Malaysia serta masyarakat setempat.
Kembara Titian Kasih 2012
Tarikh: 14hb Julai 2012
Tempat: Kuala Kangsar, Perak
PEMBELA
menyertai satu program amal anjuran NPOC (Northern Persona Owner Club).
Program turut di sertai oleh PPEOC (Proton Persona Elegant Owner Club)
serta NBC (Nusantara Bikers Club). Hampir 80 buah kenderaan telah
menyertai konvoi amal ini yang bermula dari Pulau Pinang.
Di
kesempatan ini pihak PEMBELA ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program amal ini.
Kredit untuk yang menyumbang:
- Ahli ahli PEMBELA
- Pekerja Osram Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd, Penang
- Rakan rakan serta kenalan rapat
Wednesday, July 18, 2012
Iklan Jawatan Kosong - USM
Iklan Jawatan Kosong Di USM Dibuka Mulai 16 Julai 2012 Sehingga 30 Julai 2012
PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA
Untuk memohon: KLIK SINI
PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA
Untuk memohon: KLIK SINI
Tuesday, July 17, 2012
Salam Ramadhan 1433H / 2012M
Jadual masuk waktu imsak dan berbuka puasa Ramadhan 1433H bagi negeri Kedah dan Pulau Pinang (1433H / 2012M)
Selamat melakukan ibadah puasa ~ dari seluruh warga PEMBELA
Thursday, July 12, 2012
Sukarelawan Georgetown Festival 2012 - Live Heritage (Hidup Warisan)
Tarikh: 07hb Julai 2012
Tempat: Georgetown, Pulau Pinang
Pihak PEMBELA telah menghantar beberapa individu untuk menjadi sukarelawan bagi membantu persembahan serta pertunjukan untuk Georgetown Festival 2012, iaitu satu program tahunan negeri Pulau Pinang sempena meraikan Georgetown sebagai salah satu bandar warisan dunia yang mendapat pengiktifrafan daripada UNESCO.
Pelbagai program menarik telah disediakan antaranya persembahan keroncong, tarian tradisional Sri Lanka, boria termasuklah pertunjukan tarian dan nyanyian dari Baba & Nyonya. Acara persembahan bermula sekitar jam 5.30 petang dan berakhir sekitar 11.00 malam.
Terima kasih dan syabas buat semua sukarelawan PEMBELA yang terlibat dan memberi sokongan dalam melancarkan perjalanan acara tahunan tersebut.
Sunday, July 8, 2012
Majlis Tahlil & Jamuan Makan Bersama Anak Yatim - PEMBELA bersama KKL Utara
Tarikh: 06 Julai 2012
Tempat: Perkarangan kediaman JKKKP Sg Pial, Tanjung Dawai
Majlis ringkas dan santai di bawah kelolaan Kelab Kereta Lama Utara dengan kerjasama PEMBELA serta dengan bantuan Sinar Utara Agrofarm dan JKKKP Sg Pial.
Majlis melibatkan anak yatim dari kawasan sekitar seramai 30 orang berserta beberapa AJK masjid Sg Pial serta individu sekitar. Anak anak yatim tersebut terlebih dahulu dibawa bersiar siar oleh rakan rakan Kelab Kereta Lama (U) yang turun dengan 11 buah kereta. Anak anak yatim tersebut dibawa ke sekitar persisiran pantai Tanjung Dawai untuk bersantai sebelum bertolak ke masjid Sg Pial untuk solat maghrib. Selesai solat maghrib, anak anak yatim tersebut dibawa ke kediaman JKKKP Sg Pial untuk majlis tahlil serta jamuan makan.
Di kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan setinggi tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada Kelab Kereta Lama Utara yang berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Tidak lupa juga buat Sinar Utara Agrofarm serta JKKKP Sg Pial yang banyak membantu dalam perjalanan majlis ini.
Turut hadir dalam program ini adalah saudara Anuar Ahmad (Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Tanjung Dawai) serta saudara Rosnawi Zenon (Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda).
Subscribe to:
Posts (Atom)