Saturday, July 21, 2012

Projek Ramadhan - Kembara Emas Ramadhan 2012

Salam semua,
Untuk makluman, pihak PEMBELA bercadang untuk melakukan satu aktiviti amal sempena bulan  Ramadhan yang mulia ini.

Maklumat program adalah seperti berikut:
Nama program: Kembara Emas Ramadhan 2012
Tarikh: 11hb Ogos 2012 (Sabtu) | 2.00pm ~ 6.00pm
Lokasi: Kg Kepala Gajah, Simpang 4 Tasek, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Tempat berkumpul: Perkarangan Masjid Kg Kepala Gajah, Simpang 4 Tasek, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

Program adalah berbentuk lawatan dari rumah ke rumah disamping pemberian sumbangan.
Sebanyak 4 buah rumah akan dilawati untuk program kali ini.

Justeru itu, kepada sesiapa yang berhajat untuk memberi sumbangan boleh menghubungi pihak penyelaras program seperti yang tertera:
1) Sukri Kamis (Matkri - 012 5543925)
2) Mohd Nazrulnizam (Own - 019 4589942)
3) Fairos Umar (Farouk - 019 5208907)
4) Shamsudin Shah (Along - 012 5658772)

Antara barang sumbangan yang diperlukan adalah termasuk:
1) Barang makanan dan kegunaan harian
2) Perkakasan mandian
3) Perkakasan mencuci
4) Lampin pakai buang (dewasa)
5) Kuih / biskut raya
6) Dan lain lain yang difikirkan perlu

Sumbangan boleh diserahkan selewat lewatnya 08hb Ogos 2012.
Dan kepada sesiapa yang berkelapangan, adalah dijemput hadir untuk memeriahkan kembara amal ini bersama sama.
Sila hubungi pihak penyelaras program untuk maklumat lanjut atau terdapat sebarang pertanyaan.
InsyaALLAH, marilah kita sama sama beramal dalam bulan yang penuh rahmat ini.

Selamat berpuasa.

Regards,
SukriKamis
012 5543925
Team PEMBELA




No comments:

Related Posts with Thumbnails