Sunday, April 25, 2010

Bayaran Cukai Pendapatan Melalui Pos Malaysia (PMB)


Bayaran Cukai Pendapatan Melalui Pos Malaysia (PMB)
1. Adalah dimaklumkan bahawa bayaran cukai boleh dibayar melalui Pos MalaysiaBhd mulai 15 April 2010 melalui:
a. Semua kaunter PMB
b. Pos Online

2. Jenis cukai pendapatan yang boleh dibayar di PMB adalah
a. Cukai Pendapatan
b. Cukai Keuntungan Harta Tanah

3. Bayaran di kaunter Pos Malaysia untuk penerimaan tunai sahaja.

4. Pembayar Cukai perlu mengisi slip bayaran untuk penerimaan di kaunter dan slip yang telah disahkan oleh PMB adalah bukti bayaran diterima Oleh PMB.

5. Untuk bayaran secara Online Pembayar cukai mestilah mempunyai akaun dengan salah satu bank-bank yang berkerjasama dengan PMB Iaitu CIMB, Hong Leong,Bank Rakyat,RHB Bank,bank Islam, Eon Bank; Alrajhi Bank dan affinbank. Pembayar Cukai perlu mendaftar dengan POS Malaysia secara online.

6. Surat pengesahan bayaran boleh dicetak melalui sistem adalah adalah pengesahan bayaran diterima.

7. Perkhidmatan adalah percuma

Sumber: http://www.hasil.gov.my/lhdnv3/documents/maklumat_terkini/Bayaran%20Cukai%20Pendapatan%20Melalui%20Pos%20Malaysia.pdf

Saturday, April 24, 2010

KWSP - Iklan Jawatan Kosong


Sertailah Organisasi Kami Yang Berprestij dan Dinamik

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. Dengan dana berjumlah lebih daripada RM370 bilion, kami merupakan salah satu dana pencen terbesar seumpamanya di dunia.

Kami memerlukan calon-calon yang bersemangat tinggi, gigih, pro-aktif dan berkeinginan tinggi untuk berjaya supaya menyertai kami!

Anda akan menjadi sebahagian daripada organisasi yang bukan sahaja menyediakan pekerjaan, tetapi juga peluang pembangunan kerjaya yang menarik dan mencabar dari aspek individu dan profesional.

Kami menawarkan salah satu pakej ganjaran tertinggi di dalam negara untuk lepasan ijazah, termasuk gaji yang kompetitif, pinjaman perumahan, kenderaan dan peribadi, serta faedah perubatan komprehensif untuk pekerja dan keluarga.

Eksekutif
Tanggungjawab Utama:
• Melapor kepada Ketua Seksyen atau Jabatan.
• Merancang, memantau dan mengurus pelbagai aspek fungsi operasi dan pelaburan KWSP.

Syarat-syarat Kelayakan:
• Ijazah pertama yang cemerlang dalam Perakaunan, Perniagaan, Kewangan, Ekonomi, Matematik, Statistik/Perbankan atau yang setaraf dengan CGPA 3.25 dan ke atas.
• Kredit dalam bahasa Malaysia dan Inggeris di peringkat SPM.
• Berorientasikan keputusan dengan keinginan untuk mencapai prestasi cemerlang.
• Kemahiran interpersonal yang baik, boleh bekerja dalam pelbagai persekitaran dan berintegriti tinggi.
• Mempunyai kemahiran yang baik dalam penulisan laporan, komunikasi dan penyampaian.
• Fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.
• Penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum adalah satu kelebihan.

Pelajar-pelajar tahun akhir yang telah mencapai CGPA 3.25 dan ke atas adalah digalakkan memohon.

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk menghantar surat permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon bersama resume lengkap termasuk kelayakan, pengalaman bekerja dan nombor untuk dihubungi. Sila sertakan juga salinan sijil-sijil akademik, transkrip akademik terkini, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji (jika berkaitan) dan gambar berukuran pasport, dan hantar kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif,
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia,
Tingkat 21, Bangunan KWSP,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

atau emel kepada: career@epf.gov.my

Tarikh tutup: 26 April 2010
(Hanya calon-calon yang layak akan dihubungi)

Sumber: http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_announcement&ac=3105

Tuesday, April 13, 2010

Penang Career & Postgraduate Expo - 7

Date: 24 & 25 April 2010
Time: 10am - 6am
Venue: Penang International Sport Arena [PISA]


Details:
http://www.penexpo.com.my/index.php?view=details&id=8:7th-career-a-postgraduate-expo-2010&option=com_eventlist&Itemid=83

Universiti Teknologi MARA - Iklan Jawatan Kosong



Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidangbidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak/sementara di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.


1.PENOLONG PENERBIT RANCANGAN B27
2.PEREKA B27
3.PENOLONG PEGAWAI KEBUDAYAAN B27
4.PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN E27
5.PENOLONG PENGURUS LADANG G27
6.PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G27
7.PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27
8.PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN N27
9.PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S27
10.PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM(IMAM)S27
11.PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
12.JURUPULIH PERUBATAN U29
13.JURURAWAT PERGIGIAN U29
14.JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
15.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
16.JURURAWAT U29
17.PENOLONG AKAUNTAN W27
18.PENOLONG JURUAUDIT W27
19.JURURAWAT MASYARAKAT U19
20.PELUKIS GRAFIK B17
21.PEMBANTU MAKMAL C17
22.JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
23.PEMBANTU PERTANIAN G17
24.PEMBANTU VETERINAR G17
25.JURUTEKNIK J17
26.JURUTEKNIK UKUR J17
27.PELUKIS PELAN J17
28.PEMBANTU KESELAMATAN KP17
29.PENYELIA ASRAMA N17
30.PEMBANTU PENERBITAN N17
31.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
32.PENYELENGGARA STOR N17
33.KERANI N17
34.PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
35.PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
36.PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S17
37.PEMBANTU PEMULIHARAAN S17
38.PEMBANTU KESATRIA S17
39.PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (BILAL) S17
40.PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
41.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
42.PENGAWAL KESELAMATAN KP11
43.TUKANG K2 R11
44.ATENDAN KESIHATAN U3
45.PEMBANTU AM PEJABAT N1
46.PEKERJA AWAM R1
47.PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Untuk Bukan Staf UiTM
Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/
dan membuat permohonan secara atas talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

b. Untuk Staf UiTM sahaja
Permohonan dari Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.

Tarikh tutup 26 April 2010

Sumber: http://melor.uitm.edu.my/uitm/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=38&Itemid=56

Lihat Iklan:
http://iapps.uitm.edu.my/ePengambilanStaf/iklan/MICROSOFT%20WORD%20-%20DRAF%20WEBSITE%202010%20_APRIL_.PDF

Wednesday, April 7, 2010

MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP) - Iklan Jawatan Kosong

MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
IKLAN JAWATAN

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-

BIL

NAMA JAWATAN

GRED

TARAF

1.

PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

U41

TETAP

2.

AKAUNTAN

W41

TETAP

3.

ARKITEK

J41

TETAP

4.

JURUAUDIT

W41

TETAP

5.

PENOLONG AKAUNTAN

W27

TETAP

6.

PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

U29

TETAP

7.

JURURAWAT

U29

TETAP

8.

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

F29

TETAP

9.

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA

J17

TETAP

10.

PEMBANTU PENILAIAN

W17

TETAP

11.

PEMBANTU PENGUATKUASA

N17

TETAP

12.

PEMBANTU KESIHATAN AWAM

U17

TETAP

13.

PEKERJA AWAM KHAS

R3

TETAP


CARA MEMOHON :

Muat-turun Syarat-Syarat dan Maklumat Jawatan
Muat-turun Borang Permohonan Jawatan


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 April 2010

Sumber: http://www.mppp.gov.my/jawatan_kosong

Tuesday, April 6, 2010

Institut Kemahiran Mara (IKM) - Iklan Kursus Pengambilan Sessi Julai 2010

Click on image to enlarge


Source:
http://online.mara.gov.my/IKMonline/iklankursus.aspx
Related Posts with Thumbnails