Sunday, April 25, 2010

Bayaran Cukai Pendapatan Melalui Pos Malaysia (PMB)


Bayaran Cukai Pendapatan Melalui Pos Malaysia (PMB)
1. Adalah dimaklumkan bahawa bayaran cukai boleh dibayar melalui Pos MalaysiaBhd mulai 15 April 2010 melalui:
a. Semua kaunter PMB
b. Pos Online

2. Jenis cukai pendapatan yang boleh dibayar di PMB adalah
a. Cukai Pendapatan
b. Cukai Keuntungan Harta Tanah

3. Bayaran di kaunter Pos Malaysia untuk penerimaan tunai sahaja.

4. Pembayar Cukai perlu mengisi slip bayaran untuk penerimaan di kaunter dan slip yang telah disahkan oleh PMB adalah bukti bayaran diterima Oleh PMB.

5. Untuk bayaran secara Online Pembayar cukai mestilah mempunyai akaun dengan salah satu bank-bank yang berkerjasama dengan PMB Iaitu CIMB, Hong Leong,Bank Rakyat,RHB Bank,bank Islam, Eon Bank; Alrajhi Bank dan affinbank. Pembayar Cukai perlu mendaftar dengan POS Malaysia secara online.

6. Surat pengesahan bayaran boleh dicetak melalui sistem adalah adalah pengesahan bayaran diterima.

7. Perkhidmatan adalah percuma

Sumber: http://www.hasil.gov.my/lhdnv3/documents/maklumat_terkini/Bayaran%20Cukai%20Pendapatan%20Melalui%20Pos%20Malaysia.pdf

No comments:

Related Posts with Thumbnails