Sunday, May 16, 2010

Universiti Utara Malaysia (UUM) - Iklan Jawatan Kosong

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.

1. Jawatan : PEGAWAI PERUBATAN GRED D43/UD44 (1KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM3028.90 – P1T14 RM5018.81

Syarat Kelayakan :
• Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia. DAN
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. Jawatan : PEGAWAI FARMASI GRED U41 (1 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM1999.19 – P1T24 RM4723.81

Syarat Kelayakan :
• Ijazah Sarjana Muda Farmasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
• Telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia; DAN
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN GRED E32 (1 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM2413.04 – P1T13 RM3592.76

Syarat Kelayakan :
• Diploma dalam bidang perangkaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. DAN
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
• Mempunyai sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan


4. Jawatan : PENOLONG JURUTERA MEKANIKAL GRED J29 (1 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM1549.40 – P1T21 RM3046.80

Syarat Kelayakan :
• Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2); DAN
Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


5. Jawatan : PENERBIT RANCANGAN GRED B27/B28 (1 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM1210.60 – P1T26 RM3033.15

Syarat Kelayakan :
• Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perfileman da/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain. (Gaji permulaan ialah pada Gred B27 : P1T5); ATAU
• Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred B27 : P1T5); DAN
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


6. Jawatan : PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B27 (1 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM1210.60 – P1T26 RM3033.15

Syarat Kelayakan :
• Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang kebudayaan. ATAU
• Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred B27 : P1T5); DAN
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



7. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN GRED N27 (2 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10

Syarat Kelayakan :
• Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan: ATAU
• Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); DAN
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


8. Jawatan : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R24 (1 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM1749.05 – P1T16 RM2946.98

Syarat Kelayakan :
• Tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan;
• Sekurang-kurangnya mempunyai sijil BO yang dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksa Elektrik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. DAN
• Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


9. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29 (1 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM1160.69 – P1T27 RM3057.39

Syarat Kelayakan :
• Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1T6); DAN
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


10. Jawatan : PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 (1 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM1209.09 – P1T26 RM3031.64

Syarat Kelayakan :
• Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T5): ATAU
• Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T8); DAN
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



11. Jawatan : PEMBANTU MAKMAL (SAINS) GRED C17 (3 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM824.91 – P1T24 RM2155.88

Syarat Kelayakan :
• Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut; DAN
• Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


12. Jawatan : JURUTEKNIK ELEKTRONIK GRED J17 (1 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM843.06 – P1T26 RM2325.37

Syarat Kelayakan :
• Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9); DAN
Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


13. Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (4 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35

Syarat Kelayakan :
• Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T1); DAN
• Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan boleh berbahasa Inggeris)


14. Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 (4 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM740.62 – P1T21 RM1714.26

Syarat Kelayakan :
• Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
• Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
• Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
3. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
4. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; DAN
5. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN
• Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (i) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



15. Jawatan : JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19 (1 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM827.94 – P1T24 RM2177.15

Syarat Kelayakan :
• Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
• Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia; (Gaji permulaan ialah pada Gred U19 : P1T7); DAN
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


16. Jawatan : OPERATOR LOJI GRED R3 (1 KEKOSONGAN)
Gred Gaji : P1T1 RM738.99 – P1T22 RM1766.54

Syarat Kelayakan :
• Tamat Darjah Enam sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
• Sekurang-kurangnya memiliki Sijil Kecekapan Pemandu Enjin Pembakaran Dalam (I.C) Gred II atau Sijil Kecekapan Pemandu Enjin Stim/Dandang Gred II mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
• Berkebolehan mengendalikan Loji Pembakaran Dalam 40-100 Kuasa Kuda atau Loji Stim/Dandang yang luas permukaan pembakaran di bawah 100 kaki persegi yang mana berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred R3 : P13); DAN
• Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.



CARA MEMOHON
• Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia dengan mengemukakan sampul surat berukuran 26cm x 34cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau datang mengambilnya sendiri di Kaunter Jabatan Pendaftar, UUM dengan bayaran sebanyak RM 5.00 yang boleh dibayar di Kaunter Bendahari, UUM atau dalam bentuk Wang Pos, dibayar atas nama ‘BENDAHARI UUM’.
• Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
• Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.
• Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 04-928 3864/4131


Tarikh tutup permohonan : 25 Mei 2010 (Selasa)

Sumber:
http://www.pendaftar.uum.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=84%3Ajwtkosong&catid=64%3Aiklanjwt&lang=en

No comments:

Related Posts with Thumbnails