Wednesday, March 13, 2013

Sekitar aktiviti "Santai Pantai Merdeka - Jom Gamat! Siput & Seafood! "

Tarikh: 10 Mac 2013
Tempat: Pantai Merdeka, Kedah Darulaman

Aktiviti santai anjuran Sinar Utara Agrofarm dengan kerjasama PEMBELA dan juga Majlis Belia Daerah Kuala Muda.

Turut memberi sokongan dalam aktiviti ini adalah Kor Kesihatan Diraja 6 Briged ATM, AADK Kuala Muda, Hikers-Trekkers United (HTU), Nusantara Bikers Club Malaysia (NBC), Gabungan Kelab Kereta negeri Kedah (GKKnK), SUArasa, Kelab Kebajikan staff USM , Kelab Kebajikan staff KBioCorp serta rakan rakan individu perseorangan. Jumlah kesemua penyertaan adalah melebihi 60 orang.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah mencari gamat serta siput, gotong royong membersihkan pantai serta acara BBQ dan juga cabutan bertuah. Terima kasih buat semua yang memberikan sokongan dalam menjayakan aktiviti ini. Syabas semua!





Monday, March 11, 2013

Kembara Malam 2013 - Edisi Kuala Ketil

Tarikh: 09 Mac 2013
Tempat: Sekitar Kuala Ketil, Kedah Darulaman

Sessi ziarah dan pemberian sumbangan kepada keluarga miskin & daif sekitar Kuala Ketil, Kedah. Aktiviti bermula sekitar jam 9.00malam dan berakhir jam 1.00pagi. Sekalung penghargaan buat 'Tukang Tunjuk Jalan', saudara Farid Continental San & Abg Ramli Abd Hamid dari Kg Padang Kulim. Terima kasih buat semua yang terlibat :)
 
Destinasi pertama di Kg Lubuk Machang, rumah ibu tunggal anak lima (4 orang anak masih bersekolah) yang kematian suami sejak 6 tahun yang lalu. Kehadiran kami disambut oleh anak sulung beliau. Kami difahamkan, ibu mereka Zurinah Abdul (38 tahun) telah pergi bekerja di kilang berhampiran dan cuma akan pulang keesokan paginya (kerja syif malam).
 
Seterusnya kami menziarahi kediaman Paklang Bakar Che Su, 62 tahun yang terletak di Kg Padang Kulim. Beliau hanya bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal bersama isteri dan 11 orang anak anak.
 
Destinasi berikutnya ke Kg Bukit Belah kediaman Paklong Suki Ahmad (71 tahun). Tinggal bersama keluarga dan mempunyai 6 orang anak. Cuma bekerja sebagai ambil upah meracun rumput dan lalang.
  

Dan destinasi terakhir malam tu, menziarah Abg Pi'e di Kg Paya Besar. Untuk makluman, pihak PEMBELA sekarang masih dalam proses untuk baikpulih rumah Abg Pi'e yang begitu daif (Projek Komuniti Kuala Ketil 2013 - http://pembelasp.blogspot.com/2012/11/pra-program-projek-komuniti-kuala-ketil.html). Pada malam itu, kami turut membincangkan projek baikpulih rumah Abg Pi'e di samping pemberian sumbangan berupa keperluan harian kepada Abg Pi'e sekeluarga.



Wednesday, March 6, 2013

Majlis Tahlil & Solat Hajat Untuk Wira Negara (Tragedi Lahad Datu)

Tarikh: 05 Mac 2013
Tempat: Rumah Anak Yatim Che Bema, Sungai Petani, Kedah

Majlis anjuran PEMBELA dengan kerjasama Pengurusan Rumah Anak Yatim Che Bema. Turut hadir adalah sahabat sahabat GKKnK - Gabungan Kelab Kereta negeri Kedah, PERTAMA, PWC, SPAC, MyPERDANA, GEN2.NET, KKL, KRT Taman Malinja, Sinar Utara Agrofarm, Majlis Belia Daerah Kuala Muda, Gerakan Belia 4B Kawasan Merbok, kenalan individu dan juga penduduk setempat.

Tak lupa juga sekalung penghargaan buat Janty Gemilang Enterprise & Nazza Trading & Services atas sumbangan kenduri makan malam majlis tersebut.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.
 


 

Tuesday, March 5, 2013

Kempen 'Kami Benci Pencuri Kenderaan' - Anjuran Gen2.net dengan kerjasama GKKnK

Tarikh: 03hb Mac 2013
Lokasi: Bandaraya Alor Setar, Kedah

PEMBELA berpeluang menyertai satu aktiviti kempen kesedaran yang dianjurkan oleh Kelab Kereta Gen2.net dengan kerjasama GKKnK - Gabungan Kelab Kereta negeri Kedah (GKKnK) serta di sokong penuh oleh PDRM Kedah & RTM Kedah. Kempen berlangsung di sekitar Bandaraya Alor Setar.

Pada kempen ini, para peserta yang terdiri lebih 50 buah kenderaan telah mengedarkan risalah keselamatan serta cara cara mengelakkan kecurian kenderaan kepada orang awam.
Acara pelepasan konvoi disempurnakan oleh Dato Ketua Polis Kedah. Turut serta adalah RTM Radio Malaysia Kedah FM selaku penyiar rasmi lintas langsung perjalanan program.
Terima kasih dan tahniah buat semua yang terlibat.

Friday, March 1, 2013

Pertandingan Boling anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Kuala Muda

Tarikh: 24 Feb 2013
Tempat: CMART Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah

Team PEMBELA mendapat jemputan untuk menyertai pertandingan boling anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Kuala Muda. Pertandingan juga disertai oleh pelbagai agensi kerajaan serta NGO NGO setempat. Tahniah buat semua peserta dan juga pemenang. 
Pada pertandingan ini, Team PEMBELA berjaya 'memenangi' sijil penyertaan serta mug seorang sebiji :D




Related Posts with Thumbnails