Monday, March 11, 2013

Kembara Malam 2013 - Edisi Kuala Ketil

Tarikh: 09 Mac 2013
Tempat: Sekitar Kuala Ketil, Kedah Darulaman

Sessi ziarah dan pemberian sumbangan kepada keluarga miskin & daif sekitar Kuala Ketil, Kedah. Aktiviti bermula sekitar jam 9.00malam dan berakhir jam 1.00pagi. Sekalung penghargaan buat 'Tukang Tunjuk Jalan', saudara Farid Continental San & Abg Ramli Abd Hamid dari Kg Padang Kulim. Terima kasih buat semua yang terlibat :)
 
Destinasi pertama di Kg Lubuk Machang, rumah ibu tunggal anak lima (4 orang anak masih bersekolah) yang kematian suami sejak 6 tahun yang lalu. Kehadiran kami disambut oleh anak sulung beliau. Kami difahamkan, ibu mereka Zurinah Abdul (38 tahun) telah pergi bekerja di kilang berhampiran dan cuma akan pulang keesokan paginya (kerja syif malam).
 
Seterusnya kami menziarahi kediaman Paklang Bakar Che Su, 62 tahun yang terletak di Kg Padang Kulim. Beliau hanya bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal bersama isteri dan 11 orang anak anak.
 
Destinasi berikutnya ke Kg Bukit Belah kediaman Paklong Suki Ahmad (71 tahun). Tinggal bersama keluarga dan mempunyai 6 orang anak. Cuma bekerja sebagai ambil upah meracun rumput dan lalang.
  

Dan destinasi terakhir malam tu, menziarah Abg Pi'e di Kg Paya Besar. Untuk makluman, pihak PEMBELA sekarang masih dalam proses untuk baikpulih rumah Abg Pi'e yang begitu daif (Projek Komuniti Kuala Ketil 2013 - http://pembelasp.blogspot.com/2012/11/pra-program-projek-komuniti-kuala-ketil.html). Pada malam itu, kami turut membincangkan projek baikpulih rumah Abg Pi'e di samping pemberian sumbangan berupa keperluan harian kepada Abg Pi'e sekeluarga.



No comments:

Related Posts with Thumbnails