Friday, December 30, 2011

Tiga jalan utama ditutup sempena sambutan tahun baru di Georgetown, Penang

GEORGETOWN: Tiga jalan utama sekitar Padang Kota Lama akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ambang tahun baru dan Hari Bandaraya Georgetown 2012.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata jalan terbabit ialah Jalan Masjid Kapitan Keling menghala ke Lebuh Duke, Lebuh Light menghala ke Jalan Tun Syed Shah Barakbah dan Jalan Padang Kota Lama.

"Orang ramai yang ingin menyertai sambutan tahun baru dinasihatkan supaya meletak kenderaan di tempat yang dikhaskan atau menggunakan kenderaan awam," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Gan berkata, orang ramai juga diingatkan supaya tidak membawa dan menggunakan penyembur salji bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang membawa atau menyembur kepada orang awam atau kenderaan.

“Kira-kira 1,000 anggota penguatkuasa undang-undang dari Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela akan berkawal sekitar kawasan Padang Kota Lama itu.

“Untuk pertanyaan orang ramai boleh hubungi talian khas tahun baru, 04-2181905 atau balai polis berdekatan,” katanya. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian Online

55th George Town City Day Celebration



Date: 31st December 2011
Time: 7.00pm – 9.00 pm
Venue: Padang Esplanade

Fifty five years ago on 1st of January 1957, in conjunction with the centenary of municipal government in Penang, George Town was elevated to the status of a city by Royal Charter granted by Queen Elizabeth II, thus becoming the First City in the Federation of Malaya. The British High Commissioner Sir Donald C. MacGillivary made the announcement on behalf of the Queen at a ceremony which took place at the Esplanade.

On this coming New Year's Day, celebrations will be held to give to both local people and visitors the maximum enjoyment about the uniqueness of Penang. The theme for our celebrations this year is "OUR GEORGE TOWN”. We are indeed honoured that George Town is the “CITY OF FIRSTS” and has also gained international recognition as a UNESCO World Heritage Site. Besides being the first city in Malaysia, George Town also achieved a number of firsts in many other areas.

The program will start from 7.00 pm until 9.00 pm in front of the City Hall with a feast of arts and cultural showcases from the local communities including Gamelan, Chingay, Boria, Luminous Dragon Dance, Silat Show, Indian Cultural Dance and many more.

The public invited to be part of the celebration. For more information please call 019-2720999.

Thursday, December 29, 2011

The Star Education Fair 2012 - Kuala Lumpur

Date: 7th & 8th January 2012(Saturday & Sunday)
Time: 11.00am - 7.00pm
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre

Source: The Star Education Fair 2012

Universiti Sains Malaysia (USM) - Iklan Pelatih Paramedik(Pembantu Pembedahan Pergigian U17)


Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Download Borang Permohonan: KLIK SINI

Happy New Year 2012


KARNIVAL MINI HARI BELIA NEGARA 2012 DAN COUNTDOWN TAHUN BARU 2012


Wednesday, December 28, 2011

Iklan Jawatan Kosong - Jabatan Kerja Raya (JKR Sarawak)


Maklumat Lanjut / Iklan Penuh: KLIK SINI

Tuesday, December 27, 2011

Iklan Jawatan Kosong - Jabatan Latihan Khidmat Negara


*PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA

Maklumat Lanjut / Cara memohon: KLIK SINI atau KLIK SINI

Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)


Jawatan:
  1. Penolong Juruaudit
  2. Pembantu Tadbir (Kewangan)
  3. Penolong Pegawai Tadbir
*PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA

Untuk memohon / Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Tarikh Tutup Permohonan:  29hb Disember 2011

Wednesday, December 21, 2011

Diskaun tol sempena Krismas 2011


KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun dan rebat tol antara lima dan 37.5 peratus sempena perayaan Krismas yang akan disambut pada 25 Disember ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pemberian diskaun dan rebat tol itu membabitkan 20 Syarikat Konsesi dan 24 buah lebuh raya tol.

Antaranya, Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) yang menawarkan diskaun 10 peratus bagi semua kelas kenderaan mulai 11 malam 24 Disember hingga 8 pagi, 25 Disember.

Selain itu, pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SLDH), Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) pula akan menikmati kadar rebat sepanjang masa sebanyak 10 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 pada 25 dan 27 Dis.

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Shah Alam-Kuang (Guthrie) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) pula menawarkan diskaun 10 peratus bagi semua kelas kenderaan dari 6 pagi 25 Disember hingga 6 pagi 26 Disember.

Bagi pengguna lebuh raya yang lain, rebat tol dan diskaun bermula dari tengah malam 24 Disember hingga 11.59 malam 25 Disember.

Antara lebuh raya yang terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE).

Yang lain adalah Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Duta Ulu Kelang(DUKE), Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuhraya Kajang (SILK), Lebuhraya KL-Putrajaya (KLP), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) dan Lebuhraya Senai Desaru (SDE). - BERNAMA 

Sumber: Berita Harian Online

Tuesday, December 20, 2011

TUNTUTAN FAEDAH PENGURUSAN MAYAT - SOCSO (PERKESO)

TUNTUTAN FAEDAH PENGURUSAN MAYAT - SOCSO (PERKESO)
Sekadar berkongsi. Mungkin ada di antara kita yang tidak mengetahui tentang perkara ini. Jika seorang pencarum meninggal dunia akibat sebarang sebab, waris waris yang layak atau pihak yang bertanggungjawab boleh menuntut faedah ini. Pihak PERKESO akan membayar perbelanjaan yang ditanggung untuk mengurus dan mengebumikan mayat atau sebanyak RM1500 (mengikut mana yang lebih rendah) berdasarkan resit yang dikemukakan. Sila war warkan kepada rakan rakan kita yang mungkin tidak menyedari tentang kewujudan faedah ini. Terima kasih.


Maklumat lanjut: KLIK SINI

Monday, December 19, 2011

Subsidi RM200 Untuk Belia Sertai Program Kemahiran

KBS Beri Subsidi RM200 Untuk Galakkan Belia Sertai Program Kemahiran 

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan subsidi RM200 untuk menggalakkan belia menyertai program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM), kata Timbalan Menteri berkenaan Gan Ping Sieu.

Beliau berkata menerusi pemberian subsidi itu, peserta hanya dikenakan yuran sebanyak RM100 sahaja untuk mengikuti latihan kemahiran yang ditawarkan.

"Ramai belia yang berkelayakan di luar sana tidak mengetahui bahawa mereka boleh menjalani latihan kemahiran dengan yuran semurah itu, jadi kita akan mempertingkatkan usaha dengan KSM bagi memastikan lebih ramai belia menyertai program sebegini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada kira-kira 1,000 peserta daripada pelbagai bidang kemahiran di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Isnin.

Program tersebut yang meliputi pelbagai bidang kemahiran seperti automatif, hospitaliti dan spa mula diperkenalkan tahun lepas oleh KBS bermatlamat mengarusperdanakan latihan kemahiran melalui persijilan tunggal SKM.

Beliau berkata belia yang menyertai program tersebut diwajibkan membuat sebuah 'portfolio' yang hampir menyerupai tesis bagi memastikan mereka benar-benar mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang.

"Portfolio ini penting kerana banyak syarikat multinasional asing yang melabur di negara ini perlu mengikuti pensijilan ISO ditetapkan oleh kerajaan.

"Selaras dengan penetapan tersebut, maka mereka (syarikat multinasional asing) perlu mencari pekerja yang benar-benar berkemahiran," katanya.

Sementara itu, Gan berkata KBS melalui Bahagian Pembangunan Kemahiran yakin dapat mencapai sasaran penyertaan 5,000 belia untuk mendapatkan penganugerahan SKM melalui program PPT pada tahun depan.

Timbalan Menteri itu berkata keyakinan itu berdasarkan penyertaan menggalakkan sebanyak 3,500 orang belia berbanding 3,000 orang yang disasarkan pada peringkat awal bagi tahun lepas untuk program tersebut.

"Saya yakin melalui kerjasama erat yang terjalin antara Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan Bahagian Pembangunan Kemahiran di peringkat kementerian sejak tahun lepas, kita mampu merealisasikan sasaran itu," katanya.

-- BERNAMA

Iklan Jawatan Kosong - Jabatan Peguam Negara


Iklan Penuh / Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Sunday, December 18, 2011

Walk in Interview - Air Asia Cabin Crew

Requirements
  • Male/Female
  • Age: between 20 and 35 years old
  • Height: minimum 157cm, maximum 170cm barefoot (for Female)
  • Height: minimum 170cm, maximum 180cm barefoot (for Male)
  • SPM with CREDIT in English and Bahasa Malaysia or equivalent
  • Dress Code: Smart casual (ladies knee-length skirt only)
  • Outgoing fun personality
  • Inexhaustible smile
  • Boundless energy
  • Genuine interest to serve people
  • Fluent Spoken English and Bahasa Malaysia
  • Good communicational skills
  • Experienced crew is encouraged to apply

Bring along the required document as below:
  • Original and copies of NRIC & Passport
  • 1 recent head & shoulder photograph (passport size)
  • a recent full body photograph (postcard size)
  • Original & copies of Education or other certificates
  • Your resume printed out from this job portal

JOIN US FOR AN INTERVIEW ON:

Date : 29 December 2011
Registration time: 9.00 am
Venue : AirAsia Academy Lot PT 25, Jalan KLIA S 5
Southern Support Zone 64000 Sepang, Selangor

Source: email

Saturday, December 17, 2011

Program Jalan Jalan Masuk Sekolah (PEMBELA bersama NGO Wargakilang)

Tarikh: 17hb Disember 2011
Tempat: Sekitar kawasan Mahang, Kulim, Kedah Darulaman

PEMBELA telah menyertai satu program amal anjuran NGO Wargakilang. Program berbentuk sumbangan amal berbentuk peralatan sekolah, uniform sekolah serta buku buku serta alatulis untuk pelajar pelajar miskin serta keluarga susah. Sumbangan lain termasuk barangan kegunaan harian, makanan dan lain lain.

Program berlangsung di kawasan sekitar mukim Mahang, Kulim di mana kawasan yang terlibat adalah sekitar Kg. Sg. Tengas, Kg. Sungai Batu, Kg. Sg Taka, Cheruk Kedah serta Ulu Mahang dan disertai oleh hampir 25 buah kereta. Program juga diserikan dengan kehadiran wakil wakil pekerja dari Naza Gurun, Motorola, Intel, Dell serta individu perseorangan.

Di kesempatan ini, PEMBELA ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada NGO Wargakilang kerana memberi peluang untuk PEMBELA turut sama menyertai konvoi ekspedisi ini. Tidak lupa juga kepada yang memberi sumbangan. Terima kasih kami ucapkan. 

Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA.

 
 
 
 
 

Friday, December 16, 2011

Iklan Jawatan Kosong - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA Penang)


*PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE

Untuk memohon: KLIK SINI

Iklan Jawatan Kosong - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)


Maklumat lanjut:
Pemandu Lokomotif Rendah 
Pembantu Trafik 

Tarikh Tutup: 03 Januari 2012

Iklan Jawatan Kosong - PUSPAKOM


Maklumat Lanjut: KLIK SINI
Tarikh Tutup: 31 Disember 2011

Temuduga Terbuka Wakil Perkhidmatan Pelanggan - TMpoint Burmah Road, Penang


sumber: emel

Iklan jawatan kosong - SIRIM Berhad


*PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA

Untuk memohon: KLIK SINI


NEW YEAR'S EVE AT THE CARNIVALL SG PETANI


TARIKH : 31/12/2011
MASA : 8.30MLM - 12 TGMALAM.
TEMPAT : THE CARNIVAL SUNGAI PETANI KEDAH.

Thursday, December 15, 2011

Senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia


PROGRAM 1BELIA 1KEMAHIRAN - PENGAMBILAN JANUARI 2012


[PERMOHONAN KINI DIBUKA SEPANJANG DISEMBER 2011 HINGGA 30/01/2012]

JAWATANKUASA KHIDMAT MASYARAKAT DAN RAKAN MUDA, MAJLIS BELIA MALAYSIA (JKMRM-MBM) menerusi PROGRAM 1BELIA 1KEMAHIRAN (1B1K) dengan kerjasama Institusi Latihan Kemahiran yang diiktiraf Kerajaan Malaysia mempelawa para belia yang berminat dalam latihan vokasional/kemahiran untuk menyertai kursus-kursus yang ditawarkan pada Sesi Pengambilan Januari 2012 seperti berikut:

1. Automotif
Penyedia Latihan/Lokasi:
-TEKAT, Kajang, Selangor
-Gemilang Motor Academy, Johor Bahru, Johor

2. Pembantu / Penyedia Roti
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Bakeri Ria Academy, Kajang, Selangor

3. Jurukecantikan
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Pusat Latihan Mizumi Beauty Academy, Jalan TAR, Kuala Lumpur

4. Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Institut Megatech, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

5. Pemesin Am (Operasi Larik)
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Tech Terrain College, Subang Jaya, Selangor

6. Pengeluaran Plastik – Injection Moulding
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Tech Terrain College, Subang Jaya, Selangor

7. Pembantu / Juruteknik Rangkaian Komputer
Penyedia Latihan/Lokasi:
-i-Systems Training Centre, Klang, Selangor

8. Pembuat Pakaian Wanita
Penyedia Latihan/Lokasi:
-International Fashion Training Centre (IFTC), Bukit Bintang, Kuala Lumpur

9. Pemandu Pelancong
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Travex Institute of Tourism, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur

10. Pembantu / Juruteknik Industri Pembuatan
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Kolej WIT, Klang, Selangor

11. Spa
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Kasih Anana Pro-Skills (KAPS) Institute, Jln Medan Tuanku, Kuala Lumpur

12. Juruurut
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Kasih Anana Pro-Skills (KAPS) Institute, Jln Medan Tuanku, Kuala Lumpur

13. Aromaterapis
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Kasih Anana Pro-Skills (KAPS) Institute, Jln Medan Tuanku, Kuala Lumpur

14. Reflexologi
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Kasih Anana Pro-Skills (KAPS) Institute, Jln Medan Tuanku, Kuala Lumpur

15. Food Preparation (Chef)
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Asean Culinary Academy, Setia Alam, Shah Alam, Selangor

16. Pastry
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Asean Culinary Academy, Setia Alam, Shah Alam, Selangor

17. Food & Beverage
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Asean Culinary Academy, Setia Alam, Shah Alam, Selangor

18. Indian Restaurant Bandhari
Penyedia Latihan/Lokasi:
-Asean Culinary Academy, Setia Alam, Shah Alam, Selangor


SYARAT KEMASUKAN
warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dan Boleh 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)


CARA MEMOHON:
Sila kirimkan maklumat di bawah menerusi email ke khidmatbelia@gmail.com
-Nama Pemohon
-No. Kad Pengenalan
-No. Telefon
-Alamat
-Kursus Yang di Pohon

Sebarang pertanyaan boleh kirimkan kepada inbox saya atau email, khidmatbelia@gmail.com

Terima kasih.

Sumber: https://www.facebook.com/events/155716217863035/

Wednesday, December 14, 2011

PERHIMPUNAN PERDANA USAHAWAN BELIA DAN SISWAZAH SERTA PELANCARAN KELAB MYAGROSIS PERINGKAT KEBANGSAAN


Tarikh : 17hb Disember 2011
Masa: 9.00 pagi
Tempat : UiTM Merbok, Kedah 

Majlis Perasmian oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Disember 2011 (Sabtu), jam 10.30 pagi.

Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa


  • Baca Puisi
  • Lagu Rakyat
  • Bicara Karya
  • Pameran
  • Jualan Buku
Date : 17th – 18th December 2011
Venue : Dataran Pangkor, pulau pangkor.

Tuesday, December 13, 2011

Karnival Kreativiti Seni 2011


Saturday, December 10, 2011

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG - IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

1) Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
2) Jawatan : PEKERJA AWAM (PENGGALI KUBUR) GRED R1

Tarikh Tutup: 16 Disember 2011

*klik imej untuk paparan lebih jelas


Maklumat Lanjut / Iklan Penuh: KLIK SINI
Download Borang Permohonan: KLIK SINI

Download / Muat Turun Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara online percuma


Mulai 10 Disember, borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mula diedarkan kepada umum. Borang-borang pendaftaran BR1M boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

Manakala pembayaran bantuan wang tunai RM500 ini hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2011.

Mengikut tinjauan kami, kaunter kaunter yang mengedarkan borang ini penuh sesak dengan orang ramai. Oleh itu bagi sesiapa yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan borang BR1M ini, anda boleh download / muat turun borang BR1M tersebut pada link dibawah ini secara percuma :

Friday, December 9, 2011

Penutupan jalan sempena "Hari Tanpa Kenderaan Bermotor Pulau Pinang"


GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan menutup beberapa batang jalan di sekitar bandar raya ini bagi menjayakan 'Hari Tanpa Kenderaan Bermotor' pada Ahad ini.

Bahagian Perhubungan Awam MPPP dalam satu kenyataan, berkata jalan-jalan yang ditutup ialah Lebuh Pantai, Lebuh Bishop, Lebuh Gereja dan Gat Lebuh Gereja.

"Jalan yang terlibat akan ditutup mulai pukul 7 pagi hingga 5 petang," kata kenyataan itu.

MPPP akan meletakkan papan tanda lalu lintas dan arahan lencongan di jalan terbabit bagi memudahkan orang ramai.

MPPP juga menyediakan 1,055 petak letak kereta bertingkat secara percuma di Lebuh Victoria, Lebuh Union dan tempat letak kereta di Lebuh Light serta Lebuh Downing pada hari berkenaan.

Selain itu, terdapat 975 petak letak kereta percuma di sekitar jalan-jalan terbabit.

"Laluan yang terlibat dengan hari tanpa kenderaan bermotor itu akan ditutup setiap hari Ahad sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak," kata kenyataan itu. - BERNAMA

Program Gerhana Bulan Penuh - Anjuran Agensi Angkasa Negara sempena fenomena gerhana bulan penuh Sabtu 10 Disember 2011

Satu progam khas, "Program Gerhana Bulan Penuh" anjuran Agensi Angkasa Negara bertempat di Planetarium Negara. Orang ramai di jemput hadir. Boleh bawa teleskop sendiri.

Pencen dan Bayaran Khas Pesara 16 Disember 2011

KUALA LUMPUR: Pembayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara kali kedua akan dibuat pada 16 Disember ini sempena sambutan Krismas.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhdimatan Awam, hari ini, penerima yang dibayar melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen dan bayaran khas berkenaan di bank-bank yang terbabit pada tarikh berkenaan.

Bayaran khas sebanyak RM500 itu pula akan dikredit terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B.

"Dengan itu, penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank bagi mengeluarkan RM500 itu," kata kenyataan itu.

Bayaran Khas Pesara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika beliau membentangkan Belanjawan 2012, Oktober lalu.

Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 17 hingga 31 Disember boleh menunaikan waran mereka mulai 16 Disember.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada Pusat Panggilan Setempat di talian
03-88854906/4475/4476/4478/4479. - BERNAMA

Sultan Kedah Berangkat ke Kuala Lumpur Selasa Ini

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, berangkat ke Kuala Lumpur Selasa ini untuk majlis perlantikan baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14.

Baginda bersama Tuanku Sultanah Haminah Hamidun akan diarak dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Kepala Batas sebelum menaiki pesawat khas pada 8.10 pagi.

Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan negeri, Pengurusan Korporat, Mohd Rizal Mohd Radzi, acara dimulakan seawal 6.45 pagi dengan keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim bersama Sultanah Haminah ke anjung Istana Anak Bukit diikuti bacaan doa dan laungan azan.

"Ia disusuli dengan permainan Nobat 'Raja Berangkat' sebelum baginda Sultan dan Sultanah berangkat dari Istana Anak Bukit ke LTSAH menaiki kenderaan khas tidak berbumbung," katanya semasa memberi taklimat media di sini hari ini.

Mohd Rizal berkata, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah kemudian diarak sejauh kira-kira lima kilometer ke LTSAH dan di sepanjang perjalanan akan dialu-alukan oleh kira-kira 50,000 rakyat dari seluruh negeri Kedah.

"Seluruh rakyat Kedah diminta bersama-sama menghantar Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah ke lapangan terbang. Mereka diharap berkumpul di kiri kanan jalan dari Istana Anak Bukit ke lapangan terbang dari jam 6 pagi," katanya.

Beliau berkata, di empat perhentian bas sepanjang perjalanan akan diadakan pertunjukkan silat kepada orang ramai dan di lapangan terbang, Tuanku Sultan akan memeriksa perbarisan kehormat sebelum berangkat. Katanya, LTSAH akan ditutup kepada orang ramai selama satu jam mulai 7.30 pagi.

Sehari sebelum itu akan diadakan istiadat perlantikan Jemaah Sultan di Istana Anak Bukit pada jam 9 pagi. - BERNAMA




Thursday, December 8, 2011

Universiti Teknologi Mara (UiTM) - Iklan Jawatan Kosong


*klik imej untuk paparan lebih jelas

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak (OS29000) di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Selayang/ Kampus Sg Buloh bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1.PENOLONG PEGAWAI SOSIAL PERUBATAN
2.JURUTEKNIK (BIOMEDIKAL)

Iklan Penuh: KLIK SINI
Download Borang Permohonan: KLIK SINI
Tarikh Tutup: 17hb Disember 2011 (Sabtu)

Maybank Career Day 2011


Date: 10th December 2011 (Saturday)
Time: 10.00am - 5.00pm
Venue: Foyer, Menara Maybank, Kuala Lumpur

Details: VISIT HERE

Wednesday, December 7, 2011

Pesta Dragon Boat Race Festival 2011

 10th ~ 11th December 2011
8.00am ~ 6.00pm
Teluk Bahang Dam, Penang
 
 
Details / Further information: VISIT HERE

Karnival Belia Kreatif 2012


Tuesday, December 6, 2011

Karnival Kerjaya & Pendidikan 2011


Tarikh: 10hb Disember 2011
Masa: 9.00pagi - 4.00petang
Tempat: SMK Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat Kangkong, Alor Setar, Kedah
Anjuran:  Gerakan Belia 4B Kuala Kedah

Program ini menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan untuk ditemuduga, turut diadakan Kenduri Rakyat,Futsal Padang, Pemeran dan maklumat pengajian di IPT/MARA. Datanglah beramai ramai.

Sunday, December 4, 2011

Sembah Tahniah Sempena Pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke 14


Sembah Tahniah

Sambutan Sempena Pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke 14.

Majis Jamuan Rakyat (Zon Utara)
Dataran Jubli Emas Suka Menanti, Alor Setar
5 Disember 2011, Isnin, 8.00 malam

Majlis Jamuan Rakyat (Langkawi)
Dataran Kompleks Sukan LADA, Langkawi
7 Disember 2011, Rabu, 8.00 malam

Majlis Bacaan Yasin
Masjid Zahir, Alor Setar
9 Disember 2011, Jumaat, 6.00 petang

Majlis Jamuan Negeri
Istana Anak Bukit, Alor Setar
10 Disember 2011, Sabtu, 7.00 malam

Istiadat Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan
Istana Anak Bukit, Alor Setar
12 Disember 2011, Isnin, 9.00 pagi

Istiadat Perbarisan Kehormatan Dan Perarakan
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar
13 Disember 2011, Selasa, 6.45 pagi

DAULAT TUANKU!
  
Lagu Negeri Kedah Darulaman:
Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata 
Bendera Negeri Kedah Darulaman:
Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.
Lambang Negeri Kedah Darulaman:
Jambangan yang terdiri daripada biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri – beras. Bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai melambangkan kekuasaan pemerintah.


Related Posts with Thumbnails