Friday, December 30, 2011

Tiga jalan utama ditutup sempena sambutan tahun baru di Georgetown, Penang

GEORGETOWN: Tiga jalan utama sekitar Padang Kota Lama akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ambang tahun baru dan Hari Bandaraya Georgetown 2012.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata jalan terbabit ialah Jalan Masjid Kapitan Keling menghala ke Lebuh Duke, Lebuh Light menghala ke Jalan Tun Syed Shah Barakbah dan Jalan Padang Kota Lama.

"Orang ramai yang ingin menyertai sambutan tahun baru dinasihatkan supaya meletak kenderaan di tempat yang dikhaskan atau menggunakan kenderaan awam," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Gan berkata, orang ramai juga diingatkan supaya tidak membawa dan menggunakan penyembur salji bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang membawa atau menyembur kepada orang awam atau kenderaan.

“Kira-kira 1,000 anggota penguatkuasa undang-undang dari Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela akan berkawal sekitar kawasan Padang Kota Lama itu.

“Untuk pertanyaan orang ramai boleh hubungi talian khas tahun baru, 04-2181905 atau balai polis berdekatan,” katanya. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian Online

No comments:

Related Posts with Thumbnails