Sunday, December 4, 2011

Sembah Tahniah Sempena Pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke 14


Sembah Tahniah

Sambutan Sempena Pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke 14.

Majis Jamuan Rakyat (Zon Utara)
Dataran Jubli Emas Suka Menanti, Alor Setar
5 Disember 2011, Isnin, 8.00 malam

Majlis Jamuan Rakyat (Langkawi)
Dataran Kompleks Sukan LADA, Langkawi
7 Disember 2011, Rabu, 8.00 malam

Majlis Bacaan Yasin
Masjid Zahir, Alor Setar
9 Disember 2011, Jumaat, 6.00 petang

Majlis Jamuan Negeri
Istana Anak Bukit, Alor Setar
10 Disember 2011, Sabtu, 7.00 malam

Istiadat Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan
Istana Anak Bukit, Alor Setar
12 Disember 2011, Isnin, 9.00 pagi

Istiadat Perbarisan Kehormatan Dan Perarakan
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar
13 Disember 2011, Selasa, 6.45 pagi

DAULAT TUANKU!
  
Lagu Negeri Kedah Darulaman:
Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata 
Bendera Negeri Kedah Darulaman:
Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.
Lambang Negeri Kedah Darulaman:
Jambangan yang terdiri daripada biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri – beras. Bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai melambangkan kekuasaan pemerintah.


No comments:

Related Posts with Thumbnails