Saturday, April 24, 2010

KWSP - Iklan Jawatan Kosong


Sertailah Organisasi Kami Yang Berprestij dan Dinamik

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. Dengan dana berjumlah lebih daripada RM370 bilion, kami merupakan salah satu dana pencen terbesar seumpamanya di dunia.

Kami memerlukan calon-calon yang bersemangat tinggi, gigih, pro-aktif dan berkeinginan tinggi untuk berjaya supaya menyertai kami!

Anda akan menjadi sebahagian daripada organisasi yang bukan sahaja menyediakan pekerjaan, tetapi juga peluang pembangunan kerjaya yang menarik dan mencabar dari aspek individu dan profesional.

Kami menawarkan salah satu pakej ganjaran tertinggi di dalam negara untuk lepasan ijazah, termasuk gaji yang kompetitif, pinjaman perumahan, kenderaan dan peribadi, serta faedah perubatan komprehensif untuk pekerja dan keluarga.

Eksekutif
Tanggungjawab Utama:
• Melapor kepada Ketua Seksyen atau Jabatan.
• Merancang, memantau dan mengurus pelbagai aspek fungsi operasi dan pelaburan KWSP.

Syarat-syarat Kelayakan:
• Ijazah pertama yang cemerlang dalam Perakaunan, Perniagaan, Kewangan, Ekonomi, Matematik, Statistik/Perbankan atau yang setaraf dengan CGPA 3.25 dan ke atas.
• Kredit dalam bahasa Malaysia dan Inggeris di peringkat SPM.
• Berorientasikan keputusan dengan keinginan untuk mencapai prestasi cemerlang.
• Kemahiran interpersonal yang baik, boleh bekerja dalam pelbagai persekitaran dan berintegriti tinggi.
• Mempunyai kemahiran yang baik dalam penulisan laporan, komunikasi dan penyampaian.
• Fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.
• Penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum adalah satu kelebihan.

Pelajar-pelajar tahun akhir yang telah mencapai CGPA 3.25 dan ke atas adalah digalakkan memohon.

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk menghantar surat permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon bersama resume lengkap termasuk kelayakan, pengalaman bekerja dan nombor untuk dihubungi. Sila sertakan juga salinan sijil-sijil akademik, transkrip akademik terkini, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji (jika berkaitan) dan gambar berukuran pasport, dan hantar kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif,
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia,
Tingkat 21, Bangunan KWSP,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

atau emel kepada: career@epf.gov.my

Tarikh tutup: 26 April 2010
(Hanya calon-calon yang layak akan dihubungi)

Sumber: http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_announcement&ac=3105

No comments:

Related Posts with Thumbnails