Sunday, July 8, 2012

Majlis Tahlil & Jamuan Makan Bersama Anak Yatim - PEMBELA bersama KKL Utara

Tarikh: 06 Julai 2012
Tempat: Perkarangan kediaman JKKKP Sg Pial, Tanjung Dawai

Majlis ringkas dan santai di bawah kelolaan Kelab Kereta Lama Utara dengan kerjasama PEMBELA serta dengan bantuan Sinar Utara Agrofarm dan JKKKP Sg Pial.

Majlis melibatkan anak yatim dari kawasan sekitar seramai 30 orang berserta beberapa AJK masjid Sg Pial serta individu sekitar. Anak anak yatim tersebut terlebih dahulu dibawa bersiar siar oleh rakan rakan Kelab Kereta Lama (U) yang turun dengan 11 buah kereta. Anak anak yatim tersebut dibawa ke sekitar persisiran pantai Tanjung Dawai untuk bersantai sebelum bertolak ke masjid Sg Pial untuk solat maghrib. Selesai solat maghrib, anak anak yatim tersebut dibawa ke kediaman JKKKP Sg Pial untuk majlis tahlil serta jamuan makan.

Di kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan setinggi tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada Kelab Kereta Lama Utara yang berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Tidak lupa juga buat Sinar Utara Agrofarm serta JKKKP Sg Pial yang banyak membantu dalam perjalanan majlis ini.

Turut hadir dalam program ini adalah saudara Anuar Ahmad (Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Tanjung Dawai) serta saudara Rosnawi Zenon (Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda).

 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails