Thursday, October 28, 2010

Permohonan Mengikuti Latihan Giatmara



Syarat-syarat Kemasukan:
1. Warganegara Malaysia
2. Sekurang-kurangnya 15 tahun pada tarikh permohonan.
3. Bumiputra
4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat
6. Berminat dengan bidang yang dipohon
7. Boleh membaca, menulis dan mengira.

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :

1. Latihan percuma
2. Elaun bulanan (sepenuh masa)
3. Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
4. Sukan dan Rekreasi
5. Sijil Kemahiran GIATMARA
6. Sijil JPK (Di mana berkenaan)
7. Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
8. Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

Kumpulan Sasar
1. Mereka yang tidak dapat meneruskan pembelajaran akademik.
2. Mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat kerja dan berusaha sendiri.
3. Mereka yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru.
4. Mereka yang ingin menambahkan pengetahuan kemahiran untuk kemajuan kerjaya.
5. Mereka yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan tahap kemahiran dalam jurusan yang diceburi.
6. Mereka yang berminat menceburi bidang keusahawanan berasaskan kemahiran.
7. Ibubapa Tunggal.
8. Mereka yang ingin belajar atas dasar Pembelajaran Sepanjang Hayat.


Maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Giatmara yang berdekatan dengan anda.

Download Borang Permohonan: KLIK SINI

No comments:

Related Posts with Thumbnails