Saturday, October 2, 2010

Keretapi Tanah Melayu (KTM) - Iklan Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR (KEPADA PRESIDEN KTMB)

Kelayakan
  • Memiliki kelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah;
  • Memiliki lesen memandu kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
  • Mempunyai pengalaman memandu sekurang-kurangnya 2 tahun;
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan;
  • Berkebolehan berkomunikasi, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu; dan
  • Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
Spesifikasi Tugas
  • Memastikan kenderaan syarikat berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan;
  • Memandu mengikut peraturan pemanduan yang betul;
  • Memastikan cukai jalan sah laku; dan
  • Menjaga dan memastikan kenderaan yang dibawa dalam keadaan yang bersih.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan butir-butir peribadi lengkap beserta dengan salinan sijil persekolahan, lesen, gambar berukuran passport dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat pada 15 Oktober 2010 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Pembangunan Sumber Manusia

Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad

Jalan Sultan Hishamuddin

50621 Kuala Lumpur


Lihat Iklan Jawatan Di Sini

No comments:

Related Posts with Thumbnails