Sunday, July 6, 2014

Program Ziarah Ramadhan 1435H – Edisi Merbok


Program Ziarah Ramadhan 1435H – Edisi Merbok
Tarikh: 05 Julai 2014
Lokasi: Sekitar kawasan Merbok, Kedah Darulaman

Pada Sabtu 5hb Julai 2014, pihak NGO Pembela dengan kerjasama wakil setempat telah mengadakan program Ziarah Ramadhan 1435H. Program yang bertujuan menyumbangkan barangan keperluan harian ini telah berjalan sekitar Kampung Sg. Deraka, Jilid 1 dan Jilid 2.

Sekumpulan ahli Pembela dengan ditemani oleh wakil setempat iaitu Pn Zuria dan rakannya telah memulakan program ziarah pada pukul 3.15 petang. Kunjungan dimulakan dengan dua warga emas di Kampung Sg. Deraka Jilid 1 iaitu Pn. Maliah bt. Salleh yang berusia 77 tahun dan Pn. Som bt. Jaafar yang berusia 81 tahun. Keluarga ketiga yang dikunjungi ialah Pn. Che Nah bt. Awang, 56 tahun yang merupakan seorang ibu tunggal. Rombongan kemudian bergerak ke rumah En. Azizan b. Osman, 46 tahun, sebuah keluarga yang hidup di paras kemiskinan. Dua keluarga terakhir yang dikunjungi di Kampung Sg. Deraka Jilid 1 ialah warga emas Pn. Che Amah bt. Osman berusia 77 tahun serta Pn. Ishah bt. Saad, seorang ibu tunggal yang berusia 58 tahun.

Di Kampung Sg. Deraka pula, seramai tiga keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan telah diberikan sumbangan iaitu En. Yussof b. Ahmad berusia 45 tahun, En. Ali b. Shafie 80 tahun dan En. Ramli b. Ibrahim yang berusia 60 tahun. Ketiga-tiga mereka hanya menjalankan kerja-kerja kampung untuk menyara keluarga masing-masing.

Dua keluarga miskin terakhir dalam program ziarah kali ini tinggal di Kampung Sg. Deraka Jilid 2. En. Azhar b. Ahmad yang berusia 29 tahun tinggal bersama isteri serta 2 orang anak kecil di rumah yang hampir roboh. Keadaan diterukkan lagi dengan ketiadaan jalan menuju ke rumah. Tetapi Pn. Suria memaklumkan yang pembinaan akan dimulakan sebaik sahaja musim padi berakhir. Keluarga En. Sahudi b. Abd Rahman yang berusia 54 tahun merupakan keluarga terakhir yang dikunjungi. Beliau merasa sungguh terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diterima.

Secara keseluruhannya, program yang meliputi ziarah ke 11 keluarga dan berakhir pada jam 5.30 petang itu telah berjaya disempurnakan. Terima kasih buat yang telah menjayakannya dan tidak lupa kepada semua penyumbang!


No comments:

Related Posts with Thumbnails