Thursday, July 17, 2014

Kembara Emas Ramadhan PEMBELA 1435H / 2014 M

Tarikh: 12 Julai 2014
Lokasi: Kg Permai, Sungai Petani, Kedah

Program amal sesi ziarah dan pemberian sumbangan kepada keluarga miskin. Destinasi kali ini adalah Kg Permai yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

Kampung ini yang merupakan penempatan setinggan telah dibuka sejak 30 tahun yang lepas dan tidak mempunyai bekalan elektrik. 
 
Kuasa elektrik dijana oleh generator di mana kos minyaknya menelan RM350 sebulan dikongsi oleh seluruh penduduk kampung yang rata rata hanya bekerja sendiri.

Pada sesi ini, pihak PEMBELA berpeluang menyampaikan sumbangan kepada semua keluarga daif dan miskin yang menetap di sini.

Moga moga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban dalam menyambut hari lebaran yang bakal menjelang kelak.

Pihak PEMBELA ingin merakam ribuan terima kasih kepada rakan rakan penyumbang yang prihatin termasuklah rakan rakan perseorangan, syarikat syarikat individu, Sinar Utara Agrofarm, Daging Segar Outlet, Nazza Trading & Services, Kelab Kereta PERTAMA dan lain lain.

Turut memberi sumbangan adalah rakan rakan dari MAMPU (Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya) yang turut hadir dalam sesi kembara kali ini.

Terima kasih buat semua yang terlibat.


Kemaskini 15 Julai 2014
Ziarah susulan dan penyerahan sumbangan tunai untuk kos minyak petrol (generator) bagi kegunaan penduduk Kg Permai.

Sumbangan disempurnakan oleh wakil PEMBELA, saudara Alib dan turut disertai oleh saudara Ajis.

Pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan terima kasih buat penyumbang yang prihatin tentang nasib yang menimpa penduduk Kg Permai ini.

Terima kasih buat semua yang terlibat.   

No comments:

Related Posts with Thumbnails