Tuesday, November 10, 2009

Jabatan Zakat Negeri Kedah - Iklan Jawatan Kosong




1. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (N17)
· Jumlah kekosongan : 1
· Perempuan
· Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 1 tahun.
· ( Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mahir mengendalikan komputer )

2. PEMBANTU PEGAWAI ZAKAT (S17)
· Jumlah kekosongan : 2
· Lelaki
· Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
· Mahir menggunakan komputer

Pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 1 tahun.

3. PEMBANTU TADBIR (N17)
· Jumlah kekosongan : 7
· Lelaki
· Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
· Mahir menggunakan komputer

Pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 1 tahun.

Kesemua calon-calon hendaklah mendapat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN: - Tidak kurang 18 tahun

STATUS JAWATAN:- Tetap, tidak berpencen

TARIKH TUTUP - 26 November 2009

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan keterangan lengkap peribadi (resume), kelayakan, pengalaman dan disertakan dokumen/sijilsijil berkaitan (disahkan salinan sebenar) serta sekeping gambar berukuran passport kepada:

Dato’ Setiausaha
Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman
Aras 3, Menara Zakat
Jalan Telok Wanjah
05200, Alor Setar Kedah
UP: Bahagian Sumber Manusia

Sila tulis nama Jawatan di sebelah atas kiri sampul surat dan calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

PENTING:
1. Maklumat permohonan yang tidak lengkap akan ditolak
2. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan
3. Pemohon dikehendaki menyertakan nombor telefon supaya mudah untuk dihubungi.
4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Tel : 04-733 1740 | info@zakatkedah.com

Sumber:
http://www.zakatkedah.com/portalimages/Doc/vacancy%2028102009.pdf

No comments:

Related Posts with Thumbnails