Monday, November 9, 2009

Majlis Agama Islam Kedah - Iklan Jawatan Kosong

Sumber: Klik Sini

Kekosongan Jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3 (Tetap & Berpencen) Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman

1. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat yang mempunyai kelayakan seperti berikut untuk dilantik ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3 (Tetap & Berpencen) Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

SYARAT LANTIKAN
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen
memandu dalam tempoh percubaan (P)];
iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan
bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
● Lesen D P1T3
● Lesen E/E1/E2 P1T4
● Lesen F/H P1T5
● Lesen G/I P1T6
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.

2. Kod gaji /Tanggagaji dan Taraf Jawatan:-
2.1 Jawatan : Pemandu Kenderaan Gred R3
2.2 Klasifisikasi : Perkhidmatan mahir/separuh
mahir/tidak mahir
2.3 Kumpulan perkhidmatan : Sokongan
2.4 Jadual gaji : Gred R3
P1T1 RM 701.42 - P1T17 RM 1,354.86
P2T1 RM 743.89 - P2T17 RM 1,423.41
P3T1 RM 787.99 - P3T17 RM 1,493.59
2.5 Taraf Jawatan : Sementara
2.6 Bilangan kekosongan : Satu (1)

3. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang MAIK/KP Pind2001 yang berharga RM 2.00 boleh diperolehi di :

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH,
BANGUNAN WAN MAT SAMAN,
JALAN RAJA
05000 ALOR STAR,
KEDAH DARUL AMAN.

4. Kakitangan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am “A” 21.

5. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Majlis Agama Islam Negeri Kedah TIDAK LEWAT daripada 15 NOVEMBER 2009 dan dialamatkan seperti berikut:-

YANG DI PERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH,
BANGUNAN WAN MAT SAMAN,
JALAN RAJA
05000 ALOR STAR,
KEDAH DARUL AMAN.
( u.p. Bahagian Khidmat Pengurusan )

No comments:

Related Posts with Thumbnails