Saturday, December 17, 2011

Program Jalan Jalan Masuk Sekolah (PEMBELA bersama NGO Wargakilang)

Tarikh: 17hb Disember 2011
Tempat: Sekitar kawasan Mahang, Kulim, Kedah Darulaman

PEMBELA telah menyertai satu program amal anjuran NGO Wargakilang. Program berbentuk sumbangan amal berbentuk peralatan sekolah, uniform sekolah serta buku buku serta alatulis untuk pelajar pelajar miskin serta keluarga susah. Sumbangan lain termasuk barangan kegunaan harian, makanan dan lain lain.

Program berlangsung di kawasan sekitar mukim Mahang, Kulim di mana kawasan yang terlibat adalah sekitar Kg. Sg. Tengas, Kg. Sungai Batu, Kg. Sg Taka, Cheruk Kedah serta Ulu Mahang dan disertai oleh hampir 25 buah kereta. Program juga diserikan dengan kehadiran wakil wakil pekerja dari Naza Gurun, Motorola, Intel, Dell serta individu perseorangan.

Di kesempatan ini, PEMBELA ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada NGO Wargakilang kerana memberi peluang untuk PEMBELA turut sama menyertai konvoi ekspedisi ini. Tidak lupa juga kepada yang memberi sumbangan. Terima kasih kami ucapkan. 

Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA.

 
 
 
 
 

1 comment:

ainzoo said...

hurm... bile la ada kesempatan nk participate... =.=`

Related Posts with Thumbnails