Sunday, May 8, 2011

Suatu Petang Di Hujung Minggu

Tarikh: 08hb Mei 2011
Lokasi: Kg Sg Layar Hujung, Sungai Petani, Kedah

Baru baru ni kami menerima sumbangan pakaian terpakai dari beberapa orang kawan. Memandangkan hari ni ada kelapangan, kami pergi melawat satu keluarga yang tinggal di Kampung Sungai Layar Hujung di kawasan Sungai Petani untuk menyampaikan pakaian terpakai tersebut.

Setibanya kami di situ, kami agak terkejut. Kami dok tengok tengok, kami menghela nafas panjang. Nampak gaya rumah ni cuma tunggu masa nak roboh saja ni. Beginilah keadaan rumah tersebut.

Depan rumah

Keadaan dalam rumah, kayu dah reput sana sini.Belakang rumah, tatau nak kata apa.
Kami rasa agak terkilan sebab kami cuma bawa kain baju. Sebab kedaifan keluarga ini di luar jangkaan kami. Benda benda lain kami langsung tak bawa. Rupanya mereka memerlukan sumbangan lebih dari pakaian terpakai.



Untuk lawatan kali ini, kami hanya mampu menyerahkan sumbangan pakaian terpakai untuk keluarga tersebut. Walaupun hanya sekadar pakaian terpakai, namun kegembiraan tetap terpancar di wajah mereka terutamanya anak anak keluarga tersebut.

Maklumat keluarga:
Abg Shamsul Baharin & Kak Pah + 5 orang anak.
Pekerjaan: Kerja kampung. Isteri tidak bekerja.
Anak sulung: Lelaki Tingkatan 3 (Pendidikan Khas)
Anak ke -2: Perempuan Tingkatan 1
Anak ke -3: Lelaki darjah 4 (Patah kaki kena langgar dengan kereta)
Anak ke -4: Lelaki darjah 1
Anak ke -5: Perempuan (2 tahun)

Oleh yang demikian jika ada sesiapa yang ingin menghulurkan apa apa jenis bantuan atau sumbangan, boleh menghubungi terus Abg Shamsul di nombor: 017- 5091175

Atau anda juga boleh mewakilkan kepada kami sebab insyaALLAH, jika tiada apa apa masalah kami akan membuat lawatan susulan kepada keluarga ini.

Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA [KLIK SINI].

No comments:

Related Posts with Thumbnails