Sunday, May 1, 2011

Program 'Jalan Jalan Masuk Kampung - Hari Pekerja 01 Mei 2011

Nama program: Jalan Jalan Masuk Kampung - Hari Pekerja
Tarikh: 01 Mei 2011
Tempat: Sekitar Selinsing, Perak

Pertama kali, kami dari pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada kumpulan NGO Wargakilang kerana memberi peluang kepada PEMBELA untuk turut serta menyertai ekspedisi kali ini.

Program secara am adalah program berbentuk pemberian sumbangan dan bantuan kepada orang orang susah, orang miskin dan anak yatim di sekitar Selinsing, Perak. Program ini adalah di bawah anjuran dan kelolaan NGO Wargakilang.

Kumpuan ekspedisi dibahagi kepada dua kumpulan atas faktor faktor yang tak dapat dielakkan. Sebanyak 11 buah keluarga telah dikunjungi untuk program kali ini.

Rumah # 1 - Rumah Abg Redzuan. Beliau merupakan seorang muamalaf dan mempunyai 3 orang anak kecil. Suatu ketika dahulu, beliau telah terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan beliau kehilangan pekerjaan dan hanya mampu membantu isteri beliau untuk menjual kuih.


Rumah # 2 - Rumah Adik Jamnah, 3 beradik yatim piatu. Adik ini cuma menumpang di rumah bapa saudara yang hanya mencari pendapatan dengan membuat kerja kerja kampung.


Rumah # 3 - Rumah Kak Noriah, ibu kepada 9 orang anak. Suami beliau sekarang berada di pusat pemulihan dan hanya tinggal beliau yang mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak anak beliau. Tinggal di rumah yang di bina hasil bantuan ehsan.


Rumah # 4 - Rumah Ustaz Senan. Hilang kata kata melihat keadaan rumah beliau yang begitu daif. Berdindingkan papan lapis dan lantai kayu yang banyak dah reput. Beliau hanya melakukan kerja kerja kampung untuk menyara keluarga serta mempunyai anak OKU.

Lain lain rumah yang dikunjungi:
Rumah # 5 - Rumah Kak Sharizal, janda 3 anak tinggal bersebelahan rumah Ust Senan.
Rumah # 6 - Rumah Kak Zailani, Ibu Tunggal anak 6, tinggal bersama dua orang tuanya yang uzur. Anak sulung OKU.
Rumah # 7 - Rumah Abd Mail, Penangkap Ketam Mata Rabun, mempunyai isteri dan 3 anak masih bersekolah.
Rumah # 8 - Rumah Abg Awi, Pembuat Bubu Ikan Semilang; mempunyai isteri, adik lelaki dan 3 anak dan 3 anak lagi sudah berhenti sekolah bekerja di kedai makan (tidak tamat sekolah menengah)
Rumah # 9 - Rumah Kak Arbayah, suami meninggal, anak 6 masih bersekolah rendah/menengah.
Rumah # 10 - Rumah Adik Azizah, UPSR 5A tidak mampu ke sekolah asrama. Ibu kerja kilang, menumpang di rumah nenek dan abang OKU.
Rumah # 11 - Adik Adik Azwan, UPSR 5A tidak mampu ke sekolah asrama. Ibu ambil upah goreng kuih, menumpang di rumah nenek.

Di kesempatan ini juga, pihak PEMBELA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan terutamanya rakan rakan dari Osram Penang, Konsortium Logistik Bhd (Gurun), Shah Carwash Sungai Layar, ahli ahli PEMBELA serta kenalan kenalan rapat.

Tak lupa juga buat Encik Ibrahim Md Top yang mewakili pekerja Osram Penang kerana sudi turut serta menyertai program ini.

Terima kasih juga di ucapkan kepada rakan rakan dari Smart e-Book Library (Islamic-ebook-subscribe@yahoogroups.com) kelolaan Encik Yasir atas bantuan serta dorongan yang diberikan.

Tak lupa juga buat pihak pentadbiran Pusat Pendidikan Islam Selinsing (PUPIS) atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan.

Dan akhir sekali, terima kasih atas semua yang hadir dan terlibat dalam merealisasikan program ini. Moga moga kita semua mendapat manfaat dan rahmat dari program ini.


Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA.

No comments:

Related Posts with Thumbnails