Saturday, May 7, 2011

Info: Latihan 1Malaysia - Free Course JMTI, Penang

Details / Application form: CLICK HERE

Maklumat Tambahan: 1 Malaysia Training
Merujuk kepada Ucapan bajet 2011 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, kerajaan telah mengumumkan untuk menjalankan Program Latihan 1 Malaysia di pusat latihan terpilih di seluruh negara. Justeru itu, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa warga kerja dan orang awam untuk mengikuti latihan kemahiran secara Modular (Part Time) secara PERCUMA di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh negara.

Program ini juga akan dapat membantu rakyat dalam usaha meningkatkan pendapatan pada masa akan datang dan melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran.

BIDANG-BIDANG YANG DITAWARKAN
* Kimpalan
* Pembuatan
* Pengeluaran
* Perkhidmatan
* Percetakan
* Penyelenggaraan Elektrik
* Elektronik
* Sivil
* ICT

KAEDAH LATIHAN & TEMPOH
* Program dilaksanakan di 27 Institusi Latihan JTM (ILP, ADTEC, JMTI)
* Program berbentuk Modular (16 jam – 250 jam)
* Dilaksanakan selepas waktu pejabat (Isnin – Jumaat) dan hujung minggu (Sabtu & Ahad)
* Program latihan adalah secara PERCUMA.

SYARAT KELAYAKAN
* Warganegara Malaysia
* Lepasan Pelajar Sekolah/ Graduan/ Golongan Pekerja/ Pesara/ Orang Awam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails