Sunday, May 15, 2011

Projek Amal: Teratak Segunung Harapan





*klik imej untuk paparan lebih jelas

Salam semua,

Susulan dari lawatan kami ke rumah Abg Shamsul tempohari (http://pembelasp.blogspot.com/2011/05/suatu-petang-di-hujung-minggu.html), PEMBELA atas sifat perikemanusiaan dan atas dasar prihatin ingin melancarkan satu projek amal iaitu projek baikpulih rumah Abg Shamsul.

Justeru itu, kami merayu sumbangan daripada orang ramai agar projek ini dapat dilakukan.

Maklumat keluarga:
Abg Shamsul Baharin & Kak Pah + 5 orang anak.
Pekerjaan: Kerja kampung. Isteri tidak bekerja.
Anak sulung: Lelaki Tingkatan 3 (Pendidikan Khas)
Anak ke -2: Perempuan Tingkatan 1
Anak ke -3: Lelaki darjah 4 (Patah kaki kena langgar dengan kereta)
Anak ke -4: Lelaki darjah 1
Anak ke -5: Perempuan (2 tahun)

1) Sumbangan utama yang diperlukan adalah berbentuk bahan bahan binaan (bata, simen, pasir, batu, bumbung zink, kayu dan lain lain yang difikirkan perlu).
2) Sumbangan sampingan seperti barang barang keperluan harian, makanan dan sebagainya.
3) Lain lain sumbangan yang difikirkan perlu (perabut, pinggan mangkuk dan lain lain).

Sumbangan juga boleh dilakukan atau diwakilkan kepada kami melalui akaun bank:

Pertubuhan Belia Amanah
Bank Muamalat
Akaun No: 0202-0023485-72-6

Sumbangan boleh dilakukan selewatnya lewatnya 11hb Jun 2011.

Jika anda memerlukan number akaun Maybank / CIMB, sila hubungi kami di pembelasp@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Sila maklumkan kepada kami melalui emel pembelasp@gmail.com andainya anda melakukan sebarang transaction.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami di emel: pembelasp@gmail.com atau hubungi penyelaras projek kami iaitu saudara Nazrulnizam di talian: 019-4589942

Mengikut perancangan awal, kerja kerja baikpulih akan dilakukan secara gotong royong pada 17hb June 2011. Oleh yang demikian, sesiapa yang ada kelapangan dijemput hadir untuk program gotong royong ini.

Sekian terima kasih.



*klik imej untuk paparan lebih jelas

*klik imej untuk paparan lebih jelas

No comments:

Related Posts with Thumbnails