Saturday, April 2, 2011

Sumbangan Untuk Mangsa Banjir

Nama program: Projek Sumbangan Untuk Mangsa Banjir
Tarikh: 02hb April 2011
Tempat: Kampung Jerung, Sungai Petani, Kedah

Syukur semuanya telah selesai dan majlis berjalan seperti yang dirancangkan. Terima kasih buat rakan rakan terutamanya Encik Own dari Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Merbok kerana banyak membantu dalam merealisasikan program ini. Tak lupa juga buat Brader Awie, Bro Anuar, Abg Lie Jerung serta Abg Am yang telah memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan projek bantuan sumbangan ini.

Secara khususnya, PEMBELA telah berjaya menyelaraskan bantuan berbentuk barangan kegunaan harian seperti beras,gula,kopi, makanan dalam tin dan lain lain kepada kesemua mangsa banjir yang berjumlah 37 keluarga. Dalam pada itu, Dato' Tajul Urus telah turut serta dalam program ini di mana beliau juga telah menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai kepada kesemua mangsa banjir yang terlibat.

Akhir sekali, PEMBELA sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga terutama kepada semua penyumbang yang terdiri daripada orang perseorangan serta beberapa syarikat swasta. Moga moga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa mangsa banjir tersebut. Dan buat rakan rakan yang hadir, terima kasih atas sokongan anda semua.


Kredit kepada semua yang menyumbang:

> Dato' Tajul Urus Bin Md Zain
> Pekerja Osram Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd, Penang
> Pekerja Agilent Technologies (M) Sdn Bhd, Penang
> Zuffa Pharmacy
> Artcon Enterprise
> D' Nur Faa Enterprise
> Northern Livian Club
> Ahli ahli PEMBELA
> Rakan rakan serta kenalan rapat

Sedikit foto untuk tatapan.
Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA.


No comments:

Related Posts with Thumbnails