Sunday, April 10, 2011

SKIM PERANTISAN - KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA & PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

Kementerian Sumber Manusia melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad mempelawa pelajar lepasan sekolah dan mereka yang tercicir daripada aliran pendidikan berumur di antara 16 hingga 25 tahun untuk meningkatkan kemahiran dengan mengikuti kursus perantisan seperti berikut:

* Mekatronik
* Perhotelan
* Industri Berasas Kayu (Perabot)
* Plastics Injection Moulding
* Tool and Die Maker (Mould)
* Tool and Die Maker (Press Tool)
* Industrial Sewing Machine Technician

Tempoh Latihan
-3 hingga 16 bulan

Yuran
-Dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan

Elaun
-Pelatih diberi elaun sebanyak RM350 hingga RM450 sebulan sepanjang tempoh latihan dan dibiayai oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad

Kelulusan
-Pelatih yang tamat mengikuti latihan akan diberi Sijil Perantisan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan 2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia


Konsep
-Konsep pembelajaran adalah berasaskan latihan teori di tempat penyedia latihan dan latihan praktikal di premis majikan penaja

Penempatan
-Pelatih yang berjaya menamatkan latihan akan mendapat pekerjaan dengan majikan penaja

Mereka yang berminat, boleh mendaftar secara online disini. Mereka yang dipilih akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai berikut :-

* Cik Siti Nabillah (03-20964930) - Emel (nabillah@hrdf.com.my)
* Cik Faezah (03-20964834) - Emel (faezah@hrdf.com.my)

Maklumat Lanjut: KLIK SINI
Pendaftaran Secara Online: KLIK SINI

No comments:

Related Posts with Thumbnails