Sunday, April 24, 2011

Info: Derma Coli Terpakai untuk kebajikan

Satu kempen bersempena bulan alam sekitar anjuran XIXILI. Coli terpakai yang ingin disumbangkan mestilah dalam berkeadaan baik dan bersih. Setiap coli terpakai yang disumbangkan akan mendapat rebate RM10 untuk setiap pembelian coli XIXILI.

Coli terpakai yang disumbangkan akan disalurkan kepada rumah perlindungan dan juga Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).


Bersempna bulan cinta alam sekitar, XIXILI melancarkan kempen kitar semula coli terpakai sehingga 30 April ini.

Menerusi kempen berkenaan, orang ramai boleh menyerahkan coli berkenaan dan XIXILI bersedia memberi RM10 untuk coli diterima.

Ketua Pegawai Eksekutif, XIXILI Intima Sdn Bhd, Joanne Khoo, berkata pihaknya menerima sebarang jenis coli tetapi ia mestilah dalam keadaan yang masih dipakai.

“Coli diterima ini akan diserahkan kepada rumah perlindungan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Matlamat utama kempen diadakan bagai membolehkan orang kurang berkemampuan memperoleh pakaian dalam. Mungkin ia kelihatan remeh, tetapi dalam keadaan mangsa berhadapan dengan kemusnahan dan bencana alam sekitar, wanita mesti mengenakan pakaian dalam tetapi ramai yang tidak terfikir olehnya atau wanita itu sendiri, malu untuk memaklumkan hal berkenaan,” katanya ketika majlis pelancaran kempen kitar semula, baru-baru ini.

Pelancaran dilakukan Pengarah Pembangunan Wanita, Jabatan Pembangunan Wanita, Wan Hasmah Wan Mohd. Turut hadiri Pengerusi XIXILI Intima Sdn Bhd, Datuk Tan Boon Pun dan Prof Datuk Jimmy Choo.

No comments:

Related Posts with Thumbnails