Monday, April 4, 2011

OFMA (Old Frees Muslim Association) Treasure Hunt 2011

Nama Program: OFMA Treasure Hunt 2011
Tarikh: 03hb April 2011
Tempat: Sekitar Pulau Pinang

Pihak PEMBELA telah menyertai satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak OFMA (Old Frees Muslim Association) bersempena ulangtahun ke-5 penubuhan OFMA. Aktiviti 'Treasure Hunt' yang di adakan sekitar kawasan Pulau Pinang meliputi kawasan Sg Dua, USM, Taman Pekaka, Bukit Jambul, Air Itam, Farlim dan kawasan sekitar Georgetown. Seramai 41 kumpulan (di mana setiap kumpulan atau setiap kereta mempunyai 4 orang peserta) telah menyertai program ini.

Walaupun pertama kali menyertai aktiviti seperti ini, namun pihak PEMBELA telah berjaya menduduki tempat ke-4 dalam kategori 'OFMA Family" dan ia merupakan satu pengalaman yang amat menarik.

Di kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan terima kasih kepada penaja PEMBELA iaitu Encik Halim Mohamed Ikbar berserta Encik Art Labu. Tidak lupa juga buat rakan rakan bekas pelajar Penang Free School iaitu saudara Shamas, Rudy serta lain lain.

Akhir sekali, PEMBELA ingin merakamkan tahniah kepada pihak OFMA atas keberkesanan dan berupaya mengelola program dengan jayanya serta memberi peluang PEMBELA untuk menyertai program ini.

Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA.


No comments:

Related Posts with Thumbnails