Tuesday, November 13, 2012

Trip ke Tasik Banding, Royal Belum Rainforest 2012

Tarikh: 10 & 11 November 2012
Tempat: Tasik Banding, Royal Belum Rainforest, Grik, Perak

Aktiviti santai anjuran Geng Semut Hitam (GSH Penang) dengan kerjasama team PEMBELA serta Kelab Cabaran Pulau Pinang (KCPP).

Perjalanan bermula dari Kulim, Kedah seawal jam 9.00 pagi di mana kesemua 20 orang peserta bergerak dengan menaiki 5 buah kenderaan dan tiba di jeti Tasik Banding sekitar jam 11.00 pagi.

Kemudian menaiki 'houseboat' menuju ke pedalaman Hutan Belum yang mengambil masa 4 jam perjalanan atas air. Ketenangan serta kedamaian persekitaran Hutan Belum membuatkan kesemua peserta begitu teruja dan gembira mengikuti eksplorasi ini.

Setibanya di lokasi, aktiviti yang menjadi tarikan utama iaitu memancing memang dinanti nantikan oleh kesemua peserta. Masing masing telah bersedia dengan kelengkapan masing masing. Ikan toman yang begitu sinonim dengan Tasik Banding menjadi buruan peserta kaki kaki pancing ini.

Peserta juga bergembira dengan aktiviti aktiviti sampingan seperti berkaraoke sampai pagi, bermain karom, mandi tasik dan sembang sembang santai. Yang mana kaki fotografi, memang tak lekang dengan kamera merakamkan keindahan Hutan Belum. Peserta juga berpeluang melihat perkampungan orang asli yang terdapat di kawasan Hutan Belum ini.

Di kesempatan ini, sekalung ucapan tahniah ditujukan kepada GSH yang diketuai oleh saudara Abu Yazid  serta barisan AJK atas kejayaan serta keberkesanan aktiviti yang dianjurkan. Dan tak lupa juga buat krew krew dapur yang diketuai oleh saudara Sefri. Menu masakan yang ringkas namun amat menyelerakan. Dan semestinya, program ini memberi pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan dan tidak mustahil akan ada lagi trip ulangan untuk ke Tasik Banding ini.

Akhir sekali, terima kasih buat semua yang terlibat. Sedikit foto untuk dikongsi bersama. Untuk lebih banyak foto, sila layari Facebook PEMBELA.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

1 comment:

Unknown said...

salam tuan, boleh kongsikan contct no pakej yg tuan ambil dan bagaimana dengan servis mereka. adakah berpuas hati. kerana kami ingin buat trip macam ni gak dan mencari pakej yg memberi servis terbaik. terima kasih.

Related Posts with Thumbnails