Tempat: Sekitar Merbok, Kedah Darulaman
Program
ringkas penyampaian sumbangan pada waktu malam untuk warga emas, ibu
tunggal serta warga miskin & susah sekitar kawasan Merbok, Kedah anjuran PEMBELA serta dibantu oleh KRT Taman Malinja serta GKKnK.
Program juga diiringi oleh saudara Anuar Ahmad (wakil Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Merbok) serta Encik Abu Bakar selaku tukang tunjuk jalan.
Terima kasih buat semua yang membantu dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat Pak Njang Mejar (Pengerusi JKKKP Sungai Pial) atas tajaan makan malam.
Sorotan ringkas mengenai Kembara Malam 2012.
Mohd Fauzul bin Abd Manas, 39 tahun, tidak lagi mampu bekerja lantaran menghidapi komplikasi penyakit saraf kronik, barah tulang, kencing manis sejak 3 tahun yang lalu. Mempunyai 5 orang cahaya mata (4 masih bersekolah) dan isteri tidak bekerja. Pendapatan hanya bergantung kepada sumbangan dari bekas majikan dan digunakan untuk menyara keluarga serta belanja perubatan. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi beliau di talian 017-4269192.
Fitriah binti Abd Latif, ibu tunggal mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah rendah. Bekerja sebagai pembantu kantin dengan pendapatan sebanyak RM430 sebulan. Tiada kediaman tetap dan terpaksa menumpang di rumah bapa saudara, Encik Bakar bin Razak (62 tahun) yang juga tidak bekerja dan menghidapi penyakit penat serta gout. Puan Fitriah boleh dihubungi di talian 017-4025245.
Maksu Ku Tum binti Ku Ahmad, (63 tahun) ibu tunggal serta warga emas yang kini tinggal seorang diri. Mempunyai seorang anak tunggal yang kini sedang menjalani latihan praktikal di Sungai Buluh, Selangor. Pendapatan cuma bergantung kepada bantuan JKM sebanyak RM150 sebulan serta ehsan jiran tetangga.
Kediaman Encik Awang. Namun semasa kehadiran kami, Encik Awang tiada di rumah dan kami disambut oleh isteri beliau. Beginilah keadaan kediaman Encik Bakar sekeluarga. Kami cuba menghubungi Encik Awang namun gagal.
Lawatan seterusnya pada keesokan harinya (30hb Oktober) lantaran sudah lewat malam.
Makcik Yam, 59 tahun tinggal seorang diri. Menderita sakit lumpuh serta kanser payudara.
Tokwan Saad, warga emas. Tinggal seorang diri di pondok yang sempit.
No comments:
Post a Comment