Thursday, November 15, 2012

Majlis Khatam Al - Quran & Kenduri Kesyukuran

Tarikh: 10hb November 2012
Tempat: Kg. Sg. Pial, Tanjung Dawai, Kedah

Encik Mohd Nazrulnizam atau lebih dikenali dengan nama Own PEMBELA telah mengadakan satu Majlis Khatam Al - Quran & Kenduri Kesyukuran yang diadakan bagi menunaikan hajat beliau serta keluarga.

Majlis sederhana dan ringkas bermula selepas waktu Maghrib dan diadakan di kediaman rumah keluarga Own PEMBELA yang terletak di Kg. Sg. Pial, Tanjung Dawai, Kedah. 

Hidangan menu utama nasi tomato beserta kambing masak kurma, ayam masak merah, acar rampai serta ikan tamban kering amat begitu menyelerakan dan dianggarkan hampir 800 jemputan yang terdiri daripada rakan rakan berdekatan serta penduduk sekitar telah mengunjungi rumah beliau pada malam itu.

Kami mewakili pihak Encik Nazrulnizam @ Own PEMBELA ingin merakamkan ucapan terima kasih buat kesemua jemputan yang hadir. Ucapan setinggi tinggi penghargaan juga ditujukan buat sahabat sahabat tenaga kerja terutamanya sekretariat keselamatan yang diterajui oleh SRS Taman Malinja serta dibantu oleh krew Bangcik Burger dan Team PEMBELA yang berjaya mengawal lalulintas dan keselamatan dengan baik di mana hampir 300 buah kenderaan telah hadir pada malam itu. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan sekejap - sekejap, namun ia tidak menghalang dan mencacatkan perjalanan majlis.

Lagi sekali, ribuan terima kasih buat semua yang hadir dan juga buat sahabat sahabat yang membantu dalam melancarkan perjalanan majlis.
 
Kredit: PWC Utara, Savoc, KVC, KKL Utara, Myvi-X, COE, GKKnK, Rumah Anak Yatim Che Bema, Krew Bangcik Burger, SRS Taman Malinja, AJK Masjid Kg Sg Pial, Tuan rumah Pak Awang Belacan, penduduk setempat serta Team PEMBELA. 

Terima kasih buat semua yang terlibat!
Admin PEMBELA




No comments:

Related Posts with Thumbnails