Sunday, October 7, 2012

Majlis Tahlil & Jamuan Makan - Rumah Anak Yatim Al - Munirah, Gurun, Kedah

Tarikh: 06hb Oktober 2012
Tempat: Rumah Anak Yatim Al - Munirah, Gurun, Kedah

Program anjuran Kelab Kereta Lama (KKL Utara) dengan kerjasama PEMBELA. Majlis ringkas dan penuh bermakna ini turut disertai oleh anak anak yatim Kg Che Bema, Sungai Petani seramai 20 orang yang dibawa khas oleh KKL Utara yang berkonvoi hampir 35 buah kenderaan bermula dari Sungai Petani. Rumah Anak Yatim Al - Munirah sendiri mempunyai anak yatim seramai 28 orang.

Majlis bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah dan seterusnya bacaan tahlil serta doa selamat.Majlis penyampaian sumbangan turut diadakan selepas sembahyang Isyak di mana sebanyak 6 biji almari pakaian, 40 helai cadar serta segulung sejadah panjang telah disumbangkan kepada pihak Rumah Anak Yatim Al - Munirah. Sesungguhnya pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Al-Munirah amat gembira dengan sumbangan tersebut dan kami dimaklumkan, sumbangan almari pakaian amat diperlukan untuk kegunaan anak anak yatim di rumah tersebut pada waktu sekarang.

Majlis juga diserikan dengan persembahan oleh anak anak yatim Rumah Al-Munirah. Setelah selesai, anak anak yatim tersebut kemudian diraikan dengan jamuan makan dan seterusnya bersurai.

Di kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan terima kasih buat penyumbang penyumbang yang bermurah hati memberi sumbangan untuk majlis ini. Terima kasih juga buat kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh KKL Utara dalam menjayakan program ini. Dan tidak lupa juga buat pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Al-Munirah yang memberi layanan, kerjasama serta memberi peluang kepada kami dalam merealisasikan program ini.

Akhir sekali, terima kasih buat semua yang terlibat. Sedikit gambar untuk dikongsi bersama. Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA.


 
 
 
 
 

 
 
 

 



 
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails