Tarikh: 13hb Oktober 2012
Tempat: Gunung Jerai, Kedah Darulaman
Syukur aktiviti telah selesai dan puncak Gunung Jerai berjaya ditawan. Sekalung tahniah buat semua peserta yang berjaya menamatkan Ekspedisi Gunung Jerai 2012 anjuran PEMBELA. Aktiviti secara keseluruhan melibatkan sejumlah 44 orang peserta termasuklah team PEMBELA, NPOC, KKL Utara, JRRCMDU, SUA, KVC, PWC, student UniKL, team Fujiansx, team Budiman's Expedition serta individu perseorangan.
Pendakian yang bermula sekitar jam 10.00 pagi bermula di kaki bukit Titi Hayun, Yan, Kedah. Berbekalkan semangat serta emosi yang kental disamping sifat kerjasama bantu membantu dalam pasukan, puncak Gunung Jerai berjaya ditakluki sekitar jam 3.00 petang. Biarpun mengambil masa yang agak panjang, namun ia adalah satu pencapaian yang hebat kerana rata rata peserta tiada pengalaman dan merupakan 'bidan terjun' dalam bidang pendakian gunung. Walaupun keletihan, kekejangan otot, kelaparan dan sebagainya, semua peserta tersenyum puas kerana berjaya menamatkan pendakian dan gembira menikmati pemandangan indah ketika berada di puncak Gunung Jerai.
Acara mengutip sampah di dalam hutan turut dijalankan sebagai salah satu pengisian dalam ekspedisi pendakian Gunung Jerai ini. Para peserta juga disajikan dengan acara BBQ serta makan makan yang disediakan oleh katering Sinar Utara Agrofarm (SUA) setibanya di puncak Gunung Jerai.
Sehubungan itu, pihak PEMBELA ingin merakamkan ribuan terima kasih buat semua peserta atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan ekspedisi ini. Terima kasih juga buat Majlis Belia Daerah Kuala Muda serta Pejabat Hutan Negeri Kedah yang telah memberi kerjasama dalam merealisasikan aktiviti ini.
Akhir sekali, syabas untuk semua! Sedikit photo untuk dikongsi bersama. Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA.
No comments:
Post a Comment