Sunday, September 23, 2012

Projek Komuniti anjuran Krew Bangcik Burger dengan kerjasama PEMBELA

Tarikh: 22hb September 2012
Tempat: Sungai Petani, Kedah

Satu projek komuniti anjuran Krew Bangcik Burger dengan kerjasama PEMBELA. Aktiviti berkonsepkan gotong royong membersihkan kawasan rumah, mengecat, baikpulih kecil kecilan serta pemberian sumbangan kepada belia tersisih.

Belia yang dimaksudkan adalah Mazaidi bin Saad, 18 tahun telah tercicir sekolah (berhenti sekolah) sejak Tingkatan 3. Setelah kehilangan ibu (meninggal dunia) ketika berusia 7 tahun, beliau tinggal bersama bapanya. Namun kami difahamkan setahun setelah kematian ibunya, bapanya telah berkahwin lain dan ketika beliau berada di Tingkatan 3 (15 tahun) bapanya telah berpindah keluar dari rumah pusaka tinggalan arwah ibu. Sejak itu beliau telah mendiami rumah itu seorang diri dan akhirnya tercicir dari persekolahan.

Beliau yang terabai tanpa sebarang penjagaan terpaksa berhenti sekolah akibat tidak mampu dan melakukan pelbagai jenis pekerjaan (kebanyakan kerja sebagai pembantu kedai makan) untuk menyara hidup dengan pendapatan harian secara purata sebanyak RM20.

Kami dimaklumkan bahawa bapa beliau langsung tidak pernah mengunjungi beliau sejak berpindah keluar dari rumah tersebut. Dan kadang kadang adik Mazaidi terpaksa mengharapkan bantuan ehsan dari jiran jiran terdekat.
 
Atas dasar keprihatinan dan ehsan, pihak Krew Bangcik Burger dengan kerjasama PEMBELA telah melakukan lawatan mengejut dengan mengadakan gotong royong membersihkan rumah serta kawasan sekitar.

Sehubungan itu jika ada pihak di luar sana yang ingin membantu adik Mazaidi samada bantuan dari segi tawaran pekerjaan, latihan kemahiran atau sebagainya boleh menghubungi beliau sendiri seperti maklumat di bawah:

Nama: Mazaidi Bin Saad
Nombor telefon: 014 - 7579821
Alamat:  22/A, Kg Tok Khamis, Taman Seroja, Sg Layar Hujung, 08000 Sungai Petani, Kedah

Atau boleh menghubungi Bangcik Burger di talian: 013 4025357
 
Adik Mazaidi (baju hitam putih) bersama Bangcik

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails