Monday, September 17, 2012

Konvoi Jalur Gemilang 16 September 2012 - Anjuran GKKnK dengan kerjasama PEMBELA

Tarikh: 16hb September 2012
Tempat: IPD Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah

Program anjuran Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) dengan kerjasama PEMBELA bersempena dengan Hari Malaysia 16 September. Program juga dibantu oleh Majlis Belia Daerah Kuala Muda serta Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

Program yang bertemakan kempen " Kami Benci Pencuri Kenderaan" disertai oleh hampir 250 buah kenderaan pelbagai jenis yang datang dari 18 kelab kereta seluruh negeri Kedah yang bernaung di bawah GKKnK.

Dengan subjek pengisian program yang mudah tapi bermanfaat, kesemua peserta berkonvoi ke 5 destinasi utama iaitu Pantai Merdeka, Sedim, Yan, Jam Besar Sungai Petani serta Jitra dengan membawa mesej kesedaran kepada orang awam mengenai jenayah kecurian kenderaan yang semakin berleluasa. Risalah risalah tentang kesedaran jenayah kecurian kenderaan juga turut diedarkan sepanjang tempoh berkonvoi.

Turut hadir dalam majlis pelepasan peserta konvoi adalah Tuan Ong Aik Chang (Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda), Dato Haji Tajul Urus (Penyelaras Parlimen Merbok), Encik ML Maran (Penyelaras DUN Bukit Selambau) serta saudara Rosnawi Zenon (Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda).

Di kesempatan ini, PEMBELA ingin merakamkan sekalung ucapan tahniah serta terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa GKKnK terutamanya saudara Abdul Rahman (Pengerusi GKKnK) atas kepercayaaan dan memberi peluang kepada PEMBELA untuk turut serta dalam menjayakan program kesedaran ini.

Terima kasih buat semua yang terlibat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails