Sunday, September 2, 2012

Jalan Jalan Hari Merdeka 2012

Tarikh: 31hb Ogos 2012
Tempat: Kampung Simpang Tiga Pasir, Merbok, Kedah

Pihak PEMBELA mengunjungi satu keluarga yang mempunyai anak yang menghadapi komplikasi penyakit jantung. Pada lawatan ini, pihak PEMBELA telah menyerahkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung.
Keluarga Encik Ahmad Fauzi, yang hanya bekerja sendiri dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Isteri beliau tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah. Namun salah seorang daripadanya memgalami komplikasi penyakit jantung.
Adik Nor Afandi, 4½ tahun tidak seperti kanak kanak yang lain. Beliau menghadapi komplikasi penyakit jantung sejak lahir dan mempunyai pergerakan yang terbatas. Beliau bergantung kepada ubat dan selalu kerap kepenatan dan tidak cergas disebabkan fungsi jantung yang tidak stabil.

Pembedahan pertama telah dilakukan sejurus kelahiran atas komplikasi jantung berlubang pada tahun 2009. Dan setahun kemudian (2010), menjalani pembedahan kali kedua untuk menukar ‘injap’ jantung.
 
Kami difahamkan bahawa keadaan adik Nor Afandi sekarang yang sentiasa mengikuti pemeriksaan perubatan berkala menghadapi ‘kebocoran injap’ jantung dan perlu menjalani pembedahan untuk kali yang ketiga.

Justeru itu, pihak keluarga Encik Ahmad Fauzi merayu sumbangan orang ramai bagi membiayai pembedahan untuk anaknya kali ketiga yang dijadualkan pada akhir tahun ini atau selewat lewatnya awal tahun hadapan.

Sebarang sumbangan boleh menghubungi bapa adik Nor Afandi (Encik Ahmad Fauzi) atau boleh dilakukan terus ke akaun bank seperti yang tertera di bawah:

Bank Simpanan Nasional

Nombor akaun: 02191 – 29 – 00004471 – 3

Nama bapa: Ahmad Fauzi bin Abu Hassan

Nombor telefon: 017 – 4136359
Alamat: F252, Kg Simpang Tiga Pasir, 08400 Merbok, Bedong, Kedah.
Nama ibu: Masmira bt Nawawi

 
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails