Sunday, January 29, 2012

Majlis Makan Malam bersama Anak Yatim (Majlis Tahlil & Pemberian Sumbangan)

Tarikh: 28hb Januari 2012
Tempat: Masjid Tanjung Dawai, Kedah Darulaman

Satu majlis pemberian sumbangan serta majlis makan malam bagi meraikan anak anak yatim sekitar kawasan Tanjung Dawai, Kedah. Sebanyak 59 orang anak yatim dan 28 keluarga miskin / susah telah menerima sumbangan yang berupa barangan harian, senaskah Al-Quran, sejadah, buku panduan solat serta sumbangan wang tunai. Majlis ini juga bertujuan untuk menunaikan hajat serta kehendak beberapa orang sahabat kenalan kami yang berhasrat untuk membuat kenduri kepada anak anak yatim. Dan kami sebagai wakil sahabat terbabit bertindak menolong beliau untuk merealisasikan hasrat tersebut di samping kami berusaha untuk mencari sumbangan sumbangan sampingan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato Tajul Urus (Penyelaras Parlimen Merbok), Dato Zubir (Pengarah Urusan Zuffa Farmasi), Saudara Shaiful Hazizy (Pengerusi Belia 4B Kawasan Merbok) & juga Saudara Anuar (Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Tanjung Dawai) serta rakan rakan dari Kelab Kereta Lama (KKL Utara).

Di kesempatan ini, kami merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyumbang penyumbang dan rakan rakan termasuklah wakil wakil masyarakat setempat kerana membantu kami dalam menjayakan program ini.

Tidak ketinggalan juga kepada barisan AJK Masjid Tanjung Dawai yang memberi kebenaran serta  kerjasama kepada kami dalam melaksanakan program ini. Moga moga majlis ini diberkati dan dilimpahi rahmat kepada kita semua.

Kredit kepada semua penyumbang:
  • Ahli ahli PEMBELA
  • Daya Midas Enterprise
  • Dato Arzmi (mantan Adun Tanjung Dawai)
  • Rakan rakan serta kenalan rapat
Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA


 
 
 
 
 
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails