Friday, January 13, 2012

Internet Banking Phishing

Modus Operandi Sindiket Penipuan Melalui Perbankan Online
1. Ahli sindiket akan menghantar secara rawak e-mel yang mengandungi alamat pautan ke laman web perbankan yang palsu kepada orang ramai. Laman web tersebut kelihatan hampir sama dengan laman web yang sebenar bagi mengelirukan pengguna.

2. Mangsa yang terpedaya dengan e-mel tersebut seterusnya akan klik pada alamat pautan yang tertera. Secara automatik mereka telah diarahkan ke laman web yang palsu. Pada masa yang sama, ahli sindiket akan memantau dan membuka laman web yang sebenar bagi memudahkan mereka membuat transaksi.

3. Apabila mangsa memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan mereka ke dalam laman web tersebut, ahli sindiket akan menggunakan data yang sama untuk akses ke dalam akaun mangsa yang sebenar. Pihak bank yang tidak mengetahui sedang berlakunya penipuan, akan membekalkan Transaction Authorisation Code (TAC) kepada pemegang akaun untuk mereka menyempurnakan transaksi.

4. Setelah kesemua maklumat yang diperlukan telah diperolehi (ID Pengguna, Kata Laluan dan TAC), ahli sindiket akan segera membuat transaksi pemindahan wang secara tidak sah ke dalam akaun pihak yang ketiga. Ketika mangsa menyedari terdapat keraguan di dalam transaksi yang dibuat, kemungkinan wang di dalam akaun mereka telah pun dikosongkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails