Sunday, August 21, 2011

Program Mini Kembara Ramadhan 2011

Program: Kembara Mini Ramadhan 2011
Tarikh: 21hb Ogos 2011
Tempat: Sekitar Kawasan Semeling, Sungai Petani, Kedah

Satu program kembara mini di mana PEMBELA mewakili beberapa individu bagi menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan ini. Kembara hanya melibatkan sekitar kawasan Semeling, Sungai Petani, Kedah.

Golongan penerima sumbangan untuk kembara mini ini adalah seramai 12 orang di mana mereka terdiri daripada keluarga susah, ibu tunggal, warga emas serta pesakit lumpuh.

Terima kasih buat yang menyumbang dan semua yang terlibat dalam menjayakan kembara mini ini. Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA.


No comments:

Related Posts with Thumbnails