Sunday, August 14, 2011

Program "Kembara Emas Ramadhan 2011"

Program: Kembara Emas Ramadhan 2011
Tarikh: 13hb Ogos 2011
Tempat: Sekitar Tanjung Dawai, Kedah Darulaman

Bersempena bulan puasa, pihak PEMBELA telah menganjurkan satu program kembara iaitu lawatan dari rumah ke rumah sambil memberi sumbangan fokus kepada golongan warga emas, anak yatim serta golongan OKU.

Kami dari pihak PEMBELA sessungguhnya amat terharu dengan sokongan yang diberikan di mana hampir 50 buah kereta telah menyertai konvoi kembara yang dianjurkan oleh pihak kami.

Jumlah penerima yang menerima sumbangan adalah sebanyak 54 orang (27orang warga emas, 20orang anak yatim serta 8orang OKU). Semasa program, kami juga dikejutkan dengan kehadiran Dato Hj Tajul Urus Hj Md Zain (Penyelaras Parlimen Merbok) yang turut sama menyertai kembara kami dari rumah ke rumah.

Di kesempatan ini, PEMBELA ingin merakamkan setinggi tinggi ucapan terima kasih buat rakan rakan serta sahabat sahabat yang hadir dan memberi sumbangan dalam merealisasikan program kembara ini. Antara NGO lain yang hadir:

* Smart e-Book Library
* Nusantara Bikers Club
* Proton Club Malaysia
* Nissan Grand Livina (Utara)
* Kelab Kereta Lama
* Kelab Nismo

serta rakan rakan perseorangan yang lain antaranya:
* Fieza & rakan dari Osram Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd
* Puan Marziana serta suami
* Eqin serta rakan rakan

PEMBELA juga mengucapkan ribuan terima kasih buat penduduk setempat terutamanya Pak Njang Mejar, Pak Tam Leman, Pak Lah, FairulNizam Kg Huma serta AJK masjid Kg Sg Pial yang telah memberi sepenuh kerjasama dalam menjayakan program ini. Tak lupa juga buat rakan rakan dari Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Merbok terutamanya Encik Awie serta Encik Zan Kato yang banyak membantu bagi melaksanakan program ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih buat semua penyumbang yang menyumbang dalam projek ini. Kredit untuk semua penyumbang:


Moga moga kita semua mendapat rahmat dari program ini. Terima kasih. Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak gambar, sila layari FACEBOOK PEMBELA.


No comments:

Related Posts with Thumbnails