Saturday, August 27, 2011

Misi Bantuan "Bayi Kembar 3 (Keluarga Susah)"

Program: Misi Bantuan "Bayi Kembar 3 (Keluarga Susah)"
Tarikh: 27hb Ogos 2011
Tempat: Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang, Baling, Kedah

Pihak PEMBELA telah menerima satu berita mengenai keperitan hidup keluarga Encik Mansor serta Puan Yusniza yang berhadapan cabaran untuk membesarkan 3 orang bayi kembar perempuan yang berusia 3 bulan. Keluarga terbabit juga memiliki seorang anak lelaki yang berusia 3 tahun.

Keluarga terbabit yang memiliki sumber pendapatan yang terhad di mana Encik Mansor hanya bekerja sebagai pemandu lori getah sambilan yang berpendapatan sekitar RM400 sebulan manakala isteri beliau, Puan Yusniza tidak bekerja.

Oleh atas dasar kemanusiaan serta keprihatinan, PEMBELA telah melancarkan satu projek bantuan dan mencari dana bagi membantu keluarga ini.

Misi bantuan ini disertai oleh 4 buah kereta dari pihak PEMBELA dan turut di iringi oleh Pengerusi Belia 4B (M) Kawasan Baling, Encik Khairul serta beberapa orang penduduk setempat. Antara bantuan yang disalurkan adalah seperti susu tepung, lampin pakai buang, rak almari baju, makanan harian , kuih raya, pakaian terpakai serta sumbangan berbentuk wang tunai.

Di kesempatan ini juga, pihak PEMBELA ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua rakan rakan penyumbang terutamanya dari kilang Osram Opto Semiconductors(M) Sdn. Bhd Pulau Pinang, rakan rakan di Panasonic Trading (M) Sdn Bhd, Kuala Lumpur, ahli ahli PEMBELA, rakan rakan serta kenalan kenalan rapat.

Moga moga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan keluarga terbabit dalam menghadapi kehidupan seharian dan juga sempena menyambut hari raya yang akan menjelang kelak.

Berita mengenai keadaan keluarga terbabit juga terdapat di halaman online Utusan Malaysia [KLIK SINI].

Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak gambar, sila layari FACEBOOK PEMBELA.







3 comments:

Kelab Kembar Malaysia said...

Alhamdullillah moga usaha yang baik ini berterusan. InsyaAllah Amin..

Mama Kembar Tiga said...

Good job! Moga moga dengan bantuan ni semua, ringanlah skit beban keluarga ni. Moga bantuan camni diteruskan from time to time.

admin said...

Huszaini & Mama Kembar 3 InsyaALLAH...kami cuma dapat bantu apa yang termampu :)

Related Posts with Thumbnails