Saturday, December 25, 2010

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - Iklan Jawatan Kosong


Tarikh Tutup: 10th January 2011

PANDUAN PERMOHONAN
i. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online. SILA KLIK DI SINI UNTUK MENGISI SECARA ONLINE.

ii. Pastikan anda memperolehi, mencatatkan dan menyimpan nombor ID yang merupakan nombor rujukan permohonan anda.

iii. Pastikan semua butiran maklumat telah lengkap diisi sebelum menekan butang ’apply’.

i.v Pemohon hendaklah mencetak maklumat ID tersebut dan Curriculum Vitae / Resume (CV) pada kertas A4 dan seterusnya mengambil tindakan berikut:

(a) Melekatkan sekeping gambar berukuran paspot pada cetakan ID.

(b) Melampirkan salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan dengan kemas dan tersusun

(c) Pemohon yang merupakan kakitangan UPSI, diminta menghantar dokumen permohonan beserta sekeping surat iringan yang dialamatkan kepada Pendaftar UPSI

(d) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu melampirkan perakuan permohonan daripada Ketua Jabatan beserta salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini dan salinan Laporan Perkhidmatan.

v. Cetakan ID, CV / Resume dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat


UNIT PERJAWATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
Tingkat 1, Bangunan Canselori
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 Tanjong Malim, Perak


Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses. Jika pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak berjaya.


Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 / 6338 / 6339 / 6340 atau emel myjob@upsi.edu.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails