Tarikh: 26th December 2010, 8.30am ~ 6.00pm
Kredit dan ribuan terima kasih kepada yang memberi sumbangan khususnya ahli ahli PEMBELA, rakan rakan sekerja dari Osram, Kobe serta kenalan kenalan individu yang berada di sekitar Sungai Petani. Tak lupa juga buat sahabat sahabat kenalan rapat yang memberi dorongan dan sokongan moral untuk menjayakan program ini. Sekalung dan setinggi tinggi perhargaan buat NGO WargaKilang di atas kerjasama dan memberi peluang kepada PEMBELA menyertai ekspedisi ini.
Syukur, program berjalan seperti yang dirancangkan. Sumbangan yang telah diberi dan disampaikan adalah berbentuk set lengkap persekolahan (uniform sekolah, kasut, beg, buku buku, alatulis serta barangan keperluan harian). Ringkasan program yang di jalankan:

Destinasi # 1 - Bertempat di Padang Serai. Rumah ini terdapat 4 orang anak yatim yang baru sahaja kematian bapa mereka cuma beberapa bulan yang lalu. Ibunya pula cuma bekerja di kilang kayu dengan pendapatan RM24 sehari.
-----------------------------------------------------------------------------------------Destinasi # 2 - Rumah bertempat di Paya Ketiau. Rumah ini menempatkan 5 orang anak yatim piatu.
------------------------------------------------------------------------------------------
Destinasi # 3 - Rumah 3 orang anak yatim yang kematian ayah hampir setahun yang lalu. Ibu mereka menyara mereka hanya dengan membuat dan meniaga tempeyek.
------------------------------------------------------------------------------------------
Destinasi # 4 - Bangsal 15ft x 15ft berdindingkan buluh dan zink. Tempat kediaman ibu tunggal yang tinggal dengan 3 orang anak-anaknya. Yang sulung akan bersekolah memasuki darjah 4.
-----------------------------------------------------------------------------------------Destinasi # 5 - Majlis penyerahan bantuan kepada wakil di Jeneri, Sik untuk disampaikan kepada 25 orang budak-budak kampung berdekatan yang telah dikenalpasti.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Destinasi # 6 - Rumah atap kain tarpan. 3 orang anak sekolah, darjah 1, 2 dan 4, dan ada seorang bayi berusia 4 bulan. Agak terkejut dan macam tak percaya dalam keadaan zaman macam ni, masih lagi terdapat rumah yang berdindingkan buluh malah bertiangkan kayu kayu dari hutan. Rombongan ekspedisi khususnya NGO WargaKilang telah mendirikan satu khemah untuk tempat anak anak ni belajar kerana keadaan rumah yang sediada, memang tiada tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat belajar atau mengulangkaji pelajaran. Kalau hujan, bocor sana sini. Kadang kadang terpaksa menumpang di rumah jiran jiran berdekatan untuk belajar dan mengulangkaji.
Akhir sekali, terima kasih lagi sekali buat semua yang terlibat dalam menjayakan program untuk kali ini. Untuk lebih banyak foto, sila layari Facebook PEMBELA.
No comments:
Post a Comment