Monday, May 25, 2015

Misi Bantuan Mangsa Banjir - Edisi Orang Asli Pulau Banding, Royal Belum, Perak

01 Feb 2015 - PEMBELA bersama Team Vitara, GKKnk, Team Daimitsu dengan kerjasama Kem Tentera Sri Banding mengadakan sesi ziarah ringkas dan pemberian sumbangan ke perkampungan orang asli di kawasan
pedalaman Tasik Banding, Royal Belum, Perak.

Kawasan yang dilawati adalah Kampung Bongor Hilir yang mempunyai hampir 60 keluarga terletak kira kira hampir 2 jam perjalanan menaiki bot dari jeti Kem Tentera Sri Banding.

Untuk makluman semasa negara dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda kawasan Pantai Timur tempohari,penduduk di kampung ini turut menerima tempias air naik dan banjir yang menenggelami kawasan perkampungan mereka.
Kami dimakluman, hampir 20 kediaman ditenggelami serta dihanyutkan air.

Pada sesi ziarah ini, kami berpeluang menyampaikan sumbangan berbentuk pakaian terpakai, barangan harian serta keperluan asas. Terima kasih buat semua yang telah mengirimkan sumbangan melalui kami.

Dan sekalung penghargaan buat anggota tentera dari Kem Sri Banding kerana sudi bekerjasama serta membantu dan mengiringi perjalanan kami ke kawasan perkampungan orang asli tersebut.

Terima kasih dan tahniah buat semua yang terlibat.




No comments:

Related Posts with Thumbnails